Tahukah anda, selain pengeluaran i-Citra dan i-Sinar, terdapat beberapa jenis pengeluaran lain yang anda boleh lakukan dengan wang simpanan KWSP anda.
Secara umumnya, anda boleh mengeluarkan wang KWSP anda melalui 17 jenis pengeluaran melalui akaun 1 dan 2 dan dibahagikan kepada pengeluaran sebahagian dan pengeluaran penuh.
Jenis Pengeluaran KWSP
Pengeluaran Sebahagian
Berikut adalah jenis pengeluaran sebahagian yang anda boleh mohon:
- Ketika berumur 50 tahun
- Pembinaan rumah
- Perumahan fleksibel
- Kesihatan
- Pendidikan
- Menyelesaikan baki pinjaman perumahan
- Perumahan PR1MA
- Simpanan melebihi RM 1 juta
- Beli rumah
- Ansuran bulanan pinjaman perumahan
- Haji
Pengeluaran Penuh
Berikut adalah jenis pengeluaran penuh yang anda boleh mohon:
- Ketika berumur 55 tahun
- Hilang upaya
- Ketika berumur 60 tahun
- Meninggalkan negara
- Pekerja berkempen dan pesara pilihan
- Kematian
Kelayakan Untuk Membuat Pengeluaran
Berikut adalah syarat untuk membuat pengeluaran:
Pengeluaran KWSP Umur 50, 55 dan 60
- Merupakan pencarum KWSP yang sah
- Ahli berumur di antara 50 – 54 tahun
- Ali berumur di antara 50 – 59 tahun
- Ahli mencapai umur 60 tahun
- Memiliki simpanan KWSP
Pengeluaran Untuk Pembinaan/Pembelian Rumah
- Belum mencapai umur 55 tahun
- Ahli mempunyai simpanan dalam akaun 2 minim RM500,000
- Pengeluaran Untuk Kesihatan
- Belum mencapai umur 55 tahun
- Ahli masih mempunyai simpanan dalam akaun 2
Pengeluaran Untuk Pendidikan
- Pengeluaran bertujuan untuk membiayai yuran pengajian anak di IPT
- Belum mencapai umur 55 tahun
- Ahli masih mempunyai simpanan dalam akaun 2
Pengeluaran Untuk Haji
- Bertujuan untuk menampung perbelanjaan asas pengerjaan haji dan bukannya kos keseluruhan haji
Pengeluaran Untuk Kematian
- Pengeluaran penuh oleh waris/penama dan lain-lain apabila berlaku kematian kepada si pencarum
- Ahli masih mempunyai simpanan dalam akaun 2
Pengeluaran Untuk Meninggalkan Negara
Boleh dimohon oleh:
- Warganegara Malaysia yang telah dilucutkan kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain
- Bukan Warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkenaan pengeluaran KWSP, anda boleh menghubungi KWSP di
Laman Web KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals
Telefon: 03-8922 6000
Faks: 03-8922 6222
Masa Operasi: Isnin – Jumaat (8:00 Pagi – 5:00 Petang) kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.