3 Langkah Mudah Daftar i-Akaun Untuk Pengeluaran RM10,000 KWSP

Kongsikan Artikel Ini

Pengeluaran Khas adalah untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.
Kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk mendaftar i-Akaun untuk memudahkan pengeluaran RM10,000 KWSP anda.


Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

  • Amaun kelayakan pengeluaran khas sehingga maksimum RM10,000.
  • Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.


Langkah-langkah untuk mendaftar i-Akaun (Ahli)

Langkah 1
  • Hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran anda untuk mendaftar i-Akaun (Ahli)

Langkah 2
  • Layari www.kwsp.gov.my
  • Pilih ‘Log Masuk & klik i-Akaun (Ahli)
Langkah 3
  • Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID Pengguna & Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan i-Akaun
  • Selepas bersetuju, anda hendaklah mencipta ID Pengguna dan Kata Laluan. Pilih imej Online serta isi Frasa Rahsia Anda
  • Setelah berjaya, masuk semula menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah dicipta
  • Pengesahan Nombor Telefon TAc hendaklah dilakukan sebaik sahaja log masuk

Bilakah permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022.

Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran Khas?

Permohonan ini hanya boleh dibuat di portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.

Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:
  • i-Akaun (Ahli)
  • Aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun
  • Kios KWSP

Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas:


Kongsikan Artikel Ini