Baru-baru ini Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) telah dilaksanakan di dua buah lokasi di Tawau iaitu di Taman Semarak dan PPR Balung.
Namun, beberapa isu mula timbul seperti ada penduduk yang terputus bekalan, bekalan tidak dibenarkan dihantar masuk ke kawasan Semarak dan begitu juga bagi mereka yang ingin keluar membeli barangan keperluan.
Berikut adalah perkongsian seorang pengguna FB yang menetap di kawasan PKPD Semarak:
Tulisan Facebook MR Bie:
Aku menulis bukan untuk aku, Tapi utk semua orang kampungku, Taman Semarak Tawau,
Dan seluruh rakyat Malaysia yg ku sayangi.
Begini, oleh sebab terlalu ramai sudah orang luar bercerita yg bukan² tentang isu demonstrasi hari ini di Taman Semarak, maka izinkan aku ceritakan sedikit apa yang berlaku di dalam ni sepanjang tempoh 4 hari PKPD.
Pertama sekali aku mau jelaskan tujuan orang kampung berhimpun depan SJR tadi bukannya utk menunjukkan rasa marah kpd kerajaan yang mengeluarkan arahan PKPD di Taman Semarak. Org kg ni akur PKPD.
Buktinya, sehari sebelum dilaksanakan PKPD (belum hari gaji), orang ramai akur dan terus beli sdikit stok bekalan makanan ikut kemampuan keluarga masing², tak banyak songeh pun. Kami tak lari ke tempat lain. Kami akur..
DEMO TERPAKSA DIADAKAN
Jadi kenapa sampai buat demo depan SJR?
1. Bekalan dari luar tidak di benarkan masuk. 2. Ketua keluarga mauu belanja keperluan dan bekalan makanan dikedai tidak dibenarkan dan bertentangan dengan apa yang diumumkn MKN. 3. Pihak keluarga yang dari luar hendak menghantar barang sampai gate pun tidak dibenarkan. 4. Masuk hari keempat apa jenis bantuan makanan pun belum diberi seperti yang di umum oleh Menteri bahawa bantuan makanan akan disediakan oleh kerajaan negeri. 5. Arahan yang tidak seragam dan bercanggah antara agensi membuatkan penduduk kebingungan. 6. Ada aduan penduduk yang dari klinik kesihatan yang membawa sedikit bekalan makanan disekat membawa masuk mknn untuk balik kerumah.
Aku dari semalam sbnrnya nda bole tahan emosi, 2-3x draft di fb aku xjd post. Tapi oleh sebab harini, org kg sudah meronta² minta tolong suara mereka didengar, ni ja yg boleh aku bantu.
Bossku, nda semua penduduk mempunyai cukup bekalan makan macam kita. Ada yang gaji hari. Kena Pkpd, xda penghasilan. Lain keluarga lain keperluannya. Jgn hanya fikir semua org senang mcm kita…
Lagi 1, sehingga ke harini kami warga semarak tidak pernah diberikan info jelas tentang perkembangan Kluster Semarak ( kalau cek statistik 28okt, 14 kes sahaja) sementara keseluruhan penduduk Taman Semarak yang kena PKPD lebih 15 ribu orang.
Aku kurang pasti kalau ada pertambahan kes dr kluster lain yg tinggal di Taman Semarak. Tp lbh baik, kalau ada statistik tu dkongsikn bsama, skurang²nya biar kita sama² jelas bosku.. Apapun, terima kasih YB kami, KRT kami yang prihatin.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.