Berita baik kepada Warga Sabah kerana semakan bagi Bantuan RM300 Kerajaan Negeri Sabah telah dibuka. Buat pengetahuan anda, bantuan ini adalah bagi meringankan beban warga Negeri Sabah yang terkesan akibat pandemik Covid 19 yang sedang menular pada ketika ini.
Bantuan RM300 ini merupakan bantuan tambahan yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah pada 28 Oktober 2020 lepas yang mana kadar bantuan bagi penerima yanng layak berjumlah RM300 seorang.
Semakan bagi Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 ini boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut.
- Layari https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/.
- Isi no kad pengenalan anda.
- Tandakan pada kotak ‘Saya Bukan Robot.’
- Klik butang ‘Semak.’
- Status bantuan dipaparkan.
STATUS KEPUTUSAN
Penerima yang layak menerima bantuan ini akan menerima dua bentuk paparan keputusan sama ada mereka perlu mengambil wang di bank atau wang tersebut terus dikreditkan ke akaun bank.
Bagi penerima yang layak, maklumat berikut akan dipaparkan
- Penerima Bantuan PRIHATIN COVID-19: [RM300] Sila tuntut di cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran anda, mulai 23 Nov 2020 (Isnin); atau
- Pembayaran telah dikreditkan: (SUCCESS ‘Tarikh dikreditkan’)
Bagi pemohon yang tidak layak pula akan dipaparkan maklumat berikut
- Pemohon bukan berdaftar dengan Jabatan/Agensi di bawah MAFI; atau
- Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan DITOLAK: Bukan klien Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA).
- Permohonan tidak lulus (JHEWA).
- Tiada rekod permohonan.
Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, bantuan ini bakal memberikan manfaat bagi golongan sasar seperti mereka di dalam sektor:
- Pertanian
- Pelancongan
- Pengangkutan
- Anak yatim
- Ibu tunggal
- OKU
Justeru, para pemohon hendaklah melakukan semakan semula status mereka sama ada mereka layak bagi menerima Bantuan RM300 Covid-19 Sabah ini.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut mengenai bantuan ini, sila hubungi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah di talian 088-223 536 etx. 236 (Roshidi)/ 236 (Norsafi)/ 250 (Sukari).
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.