Makan di Restoran dibenarkan Di Sabah Dengan Bersyarat – SOP Baru PKPB

Kongsikan Artikel Ini

4%2BSOP%2BBARU%2BRESTORAN%2BDI%2BSABAH
sop%2Bbaru%2B%25281%2529

Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah mengeluarkan SOP baru Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dikemaskini 10 November 2020 bagi seluruh negeri Sabah. Menerusi laman facebook page MKN Sabah ada beberapa SOP baru yang ditetapkan. 







Antara aktiviti yang dibenarkan dalam kawalan PKPB ialah berkaitan dengan sektor ekonomi dan industri





1. Pasar raya, Pusat Beli Belah dan Retail Store DIBENARKAN beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan antara 6.00 pagi sehingga jam 10.00 malam.

2. Restoran, kedai / gerai makan , kenderaan bersaji (food truck), penjaja, medan selera, kedai runcit dan kedai serbaneka DIBENARKAN  beroperasi antara 6.00 pagi sehingga 10.00 malam.

3. DINE IN DIBENARKAN di restoran termasuk restoran dalam premis hotel, kedai/ kedai makan. cofee shop dan medan selera dengan separuh daripada kapasiti saiz meja iaitu dua (2) orang bagi meja empat (4) orang, tiga (3) orang bagi meja enam (6) orang, empat (4) orang bagi meja lapan (8) orang dan seterusnya dengan penjarakan fizikal 1 meter dan pematuhan SOP Sektor Makanan.

4. Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), penghantaran (delivery) atau pandu laju juga dibenarkan dengan pematuhan kepada SOP Sektor Makanan ( Perniagaan Berpremis, Penjaja Tanpa Premis , Pasar Berbangunan dan Peruncitan/ Serbaneka Makanan & Minuman). 




Semoga SOP baru ini akan memberi manfaat dan meneruskan sektor ekonomi dan industri Sabah. Jangan lupa untuk terus mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. 


Kongsikan Artikel Ini