DIVIDEN ASB 2024/2025 TERTINGGI DALAM 5 TAHUN! – SEMAK SINI BERAPA ANDA DAPAT

Kongsikan Artikel Ini

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), telah mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit bagi dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB), untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Kenaikan ini lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit pada tahun sebelumnya.

Dengan pengagihan dividen baharu ini, jumlah keseluruhan dividen yang telah diagihkan oleh ASB sejak mula ditubuhkan kini mencecah RM196.5 bilion.

Untuk tahun kewangan 2024 sahaja, pengagihan pendapatan berjumlah RM10.1 bilion, memberi manfaat kepada 11.1 juta pemegang unit.

Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, menyifatkan pencapaian ini sebagai rekod terbaik ASB dalam tempoh lima tahun terakhir.

Beliau berkata, “ASB terus membuktikan keupayaannya untuk memberikan pulangan mampan dan mengukuhkan kedudukan kewangan rakyat, sejajar dengan misi PNB.”

Berapa Anda Dapat Jika Simpan di ASB?

Dengan dividen sebanyak 5.75 sen seunit, berikut adalah anggaran pengagihan pendapatan yang boleh anda terima:

Jumlah Simpanan (RM)Keuntungan Anda Dapat (RM)
10,000RM 575
30,000RM 1,725
50,000RM 2,875
100,000RM 5,750

Ini tidak termasuk potensi bonus atau keuntungan tambahan daripada strategi pelaburan jangka panjang.

DIVIDEN ASB 2024:2025

Prestasi Kukuh ASB Berbanding Pasaran

ASB berjaya mencatatkan prestasi cemerlang dengan pulangan lebih baik berbanding kadar pasaran dan penanda aras seperti kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank. Strategi kepelbagaian aset oleh PNB turut menyumbang kepada kejayaan ini, bersama sokongan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh dan pengukuhan nilai ringgit.

Walaupun menghadapi cabaran geopolitik global, persekitaran ekonomi Malaysia kekal positif. Inisiatif kerajaan melalui program MADANI, termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), telah menarik minat pelabur asing dan merancakkan ekonomi tempatan.

Penting untuk Pemegang Unit

Pengagihan pendapatan dan bonus ASB dikira berdasarkan baki bulanan minimum purata sepanjang tahun kewangan. Unit pelaburan semula daripada dividen akan dikreditkan ke akaun pemegang unit pada 1 Januari 2025.

Bagi pemegang unit yang ingin melakukan transaksi, semua saluran transaksi ASB akan digantung sementara pada 28 hingga 31 Disember 2024. Transaksi akan kembali seperti biasa melalui perbankan internet bermula 1 Januari 2025, dan di cawangan serta ejen ASNB pada 2 Januari 2025.

Sumber: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB)


Kongsikan Artikel Ini