Tarikh Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Februari 2021. Untuk makluman semua, operasi pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan pertama, kedua dan ketiga dan seterusnya telahpun dikreditkan ke akaun masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan. Bagi pengkreditan yang gagal, pemohon hendaklah membuat pengemaskinian akaun bank di portal i-Lestari Online atau menerima Cek Jurubank daripada pihak KWSP.
Bila Tarikh Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Seterusnya?
Menurut makluman daripada pihak KWSP, pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan berikutnya akan dikreditkan pada tanggal 1 hari bulan tertakluk kepada hari bekerja.
Bagi para pemohon yang nak buat permohonan baru Pengeluaran i-Lestari haruslah dibuat sebelum atau pada 31 Mac 2021. Bagi semakan status pengeluaran i-Lestari, boleh disemak secara online di laman portal i-Lestari Online.
Pengeluaran i-Lestari merupakan satu inisiatif daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.
TARIKH BAYARAN I-LESTARI KWSP BULAN FEBRUARI 2021 (JADUAL)
Maklumat berikut akan mengongsikan informasi berkaitan Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuklah memaparkan konsep am, tarikh serta semakan status :
1. KONSEP AM PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
Pengeluaran hendaklah daripada Akaun 2 sahaja. Bayaran pengeluaran bakal dilakukan secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu pada 31 Mac 2021.
2. TARIKH PEMBAYARAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
Menurut maklum balas daripada KWSP, Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran sebanyak satu (1) kali sahaja. Ahli akan menerima bayaran i-Lestari dalam tempoh yang sama untuk setiap bulan berikutnya.
Walau bagaimanapun, bayaran ini akan diproses pada hari bekerja berikutnya sekiranya tarikh bayaran jatuh pada hari Sabtu, Ahad atau cuti umum.
Jika pada 1 Februari 2021 (Isnin) masih belum terima lagi pembayaran bermakna pihak KWSP akan membuat pembayaran secara berperingkat.
Nota: Jadual bayaran pengeluaran i-Lestari KWSP di bawah adalah sebagai rujukan sahaja.
CARA SEMAK BAKI & TRANSAKSI BAYARAN I-LESTARI KWSP
Bagi Ahli yang memiliki i-Akaun KWSP, anda boleh semak baki serta transaksi bayaran pengeluaran i-Lestari secara atas talian seperti berikut:
- Login i-Akaun
- Pilih Withdrawal/Pengeluaran
- Pilih Withdrawal History
CARA SEMAK STATUS PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
- Semakan status boleh dibuat secara atas talian di laman web KWSP https://ilestari.kwsp.gov.my
- Klik pada tab ‘SEMAK STATUS’.
- Masukkan nombor kad pengenalan serta nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
- Klik pada kotak ‘saya bukan robot’ dan klik pada butang semak.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan i-Lestari KWSP, sila hubungi di talian hotline KWSP 03-8922-4848.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.
Bsh xdpt
bila dapat wang
BSN bulan Ogos bila nak datng
Bayaran i-Lestari KWSP bulan Ogos
Bioa nak masuk ni
Bayaran ilestari bulan ogos
Bayaran i-lestari bulan ogos
Kenapa bayaran i lestari bulan ogos belum masuk ke acc bank saya sepatut nya 8hb ogos masuk tapi tak de
maaf..bln ogos ..knp blum dpt
ya bayaran bulan bulan ogos belum bayar..
Belum masul lgi ni,, astagaaa, mampusss
Coll tnya katanya 26hb bln ogos msk akaun nie da nk msk 28hb da xde msk2 pn…
boleh tanya kenapa duit blm masuk akaun.bln nie 10sep tp cek blm masuk