Permohonan Bantuan Sara Hidup Fasa 3 : Semakan Status BSH 2019

Kongsikan Artikel Ini

bantuan sara hidup bsh 2019 2
kredit : www.semakanonline.com

Pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 2 telah dibuat pada 28 Mei lalu.

Baki akan dilunaskan pada pembayaran BSH Fasa 3 pada 28 Ogos nanti membabitkan hampir 3.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM1.23 bilion.

bsh fasa 3 ogos

Seperti biasa pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun penerima yang sama ketika pembayaran BSH sebelum ini. Sebarang berita terkini Bantuan Sara Hidup akan dikemaskini di channel Telegram ini (klik untuk join).

Permohonan rayuan telah dibuka bermula 1 Julai dan akan ditutup 15 Ogos nanti.

Bermula 1 Februari semua penerima Bantuan Sara Hidup 2019 wajib kemaskini BSH masing-masing di portal rasmi bsh.hasil.gov.my



Permohonan baru juga turut dibuka kepada mereka yang layak.

Tarikh tutup telah ditetapkan pada 15 Mac.

Jadi sebarang urusan kemaskini / permohonan baru hendaklah dibuat sebelum tarikh tersebut.

Kemaskini boleh dibuat secara online atau secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berhampiran.

Bagi yang tidak layak, anda boleh membuat permohonan rayuan bermula 1 Julai hingga 15 Ogos di mana-mana cawangan LHDN.

Jumlah pembayaran BSH Fasa 2 2019 adalah seperti berikut:

bsh fasa 2
semakan bsh fasa 2

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup boleh dibuat di bsh.hasil.gov.my

Pembayaran fasa pertama telah pun dibayar pada 28 Januari lalu secara automatik kepada penerima BSH tahun lepas kecuali dua golongan berikut :

  1. Bujang
  2. Pasangan bukan warganegara


Pembayaran fasa kedua dan ketiga dijangka akan dibayar pada bulan Mei dan Ogos nanti.

Terbaru di portal rasmi BSH terdapat beberapa info yang anda perlu tahu iaitu :

  1. Penunaian akhir BSH 2018 telah pun dilanjutkan sehingga 14 Disember 2018 dan boleh dibuat di mana-mana cawangan BSH seluruh negara.
  2. Kemaskini maklumat waris BSH 2018 dilanjutkan sehingga 15 Januari 2019. Proses kemaskini boleh dibuat di mana-mana cawangan LHDNM berdekatan.
  3. Proses tuntutan skim khairat kematian boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN sebelum 31 Januari 2019.
  4. Pendaftaran permohonan baru BSH 2019 akan dibuka bermula 1 Februari.
  5. Kemaskini permohonan hanya perlu dibuat untuk pembayaran fasa kedua dan ketiga sahaja.

BANTUAN SARA HIDUP 2019 BUJANG

Ramai pemohon kategori bujang tertanya-tanya adakah mereka akan terima pembayaran Bantuan Sara Hidup pada 28 Januari nanti?

Jawapannya tidak!

Kemaskini 19 Februari 2019: Bujang Akan Terima RM100 Penghujung Mac

Pembayaran fasa pertama hanya untuk tiga golongan berikut :

  1. Pasangan berkahwin Warganegara yang berumur 59 tahun ke bawah
  2. Ibu bapa tunggal / balu / janda yang mempunyai tanggungan
  3. Warga emas berumur 60 tahun ke atas


Bagi pemohon kategori bujang yang mempunyai tanggungan atau tidak mempunyai tanggungan anda tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Sara Hidup 28 Januari nanti.

Pemohon kategori bujang termasuk dalam senarai 12 pemohon yang tidak layak memohon Bantuan Sara Hidup Rakyat tahun ini.

Senarai penuh pemohon tidak layak BSH seperti di bawah :



  1. Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  2. Menetap di luar negara
  3. Bujang berumur 59 tahun ke bawah
  4. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  6. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  7. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  8. Pemegang saham / pengarah syarikat
  9. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  10. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  11. Memiliki motosikal melebihi 500cc
  12. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000



Pemohon yang tidak pernah membuat kemaskini sejak BR1M 2016 juga tidak tersenarai sebagai penerima BSH fasa pertama.


SYARAT KELAYAKAN

Terkini portal rasmi Bantuan Sara Hidup telah mengeluarkan syarat kelayakan permohonan BSH 2019 seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah
  • Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)


Hubungan anak mestilah :

  • Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid)
  • Tiada punca pendapatan / tidak bekerja
  • 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam
  • OKU



KAEDAH PEMBAYARAN

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, kaedah pembayaran akan dikreditkan ke akaun penerima pada 28 Januari.

Antara bank yang terlibat dalam proses pembayaran ini termasuklah:



  • AFFIN BANK
  • AGRO BANK
  • ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
  • AM BANK BERHAD
  • AL RAJHI BANK
  • BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
  • BANK RAKYAT
  • MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
  • BANK SIMPANAN NASIONAL
  • CIMB BANK BERHAD
  • CITIBANK BERHAD
  • HONG LEONG BANK
  • HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
  • MAYBANK
  • OCBC BANK
  • PUBLIC BANK BERHAD
  • RHB BANK BERHAD
  • STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
  • UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD


Bagi yang tiada akaun, surat maklumanan penunaian akan diposkan ke alamat masing-masing.

Anda kemudian boleh membawa surat tersebut untuk ditunaikan di mana-mana cawangan BSN berhampiran.

Sekiranya akaun bank tidak aktif, anda juga akan menerima surat makluman memandangkan surat baucar sudah tidak digunakan bermula tahun ini.

Kepada penerima yang berstatus “muflis” anda perlu merujuk ke Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mendapatkan kebenaran khas bagi pengeluaran BSH 2019.

Pembayaran fasa kedua dan ketiga akan dibuat pada bulan Mei dan Ogos tahun ini.

Kemungkinan juga diawalkan atas faktor cuti umum dan sebagainya.

Maklumat lanjut boleh dibaca di blog rasmi https://bantuansarahidup.com/





SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT

Jadi bagaimana caranya untuk semak sama ada nama anda layak atau tidak untuk menerima pembayaran BSH fasa pertama?

Semakan status pembayaran Bantuan Sara Hidup fasa pertama boleh dibuat di portal rasmi bsh.hasil.gov.my

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk proses semakan online :

  • Layari bsh.hasil.gov.my kemudian klik pada pautan MyBSH
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik SEMAK
  • Klik pada mohon TAC
  • Masukkan nombor TAC yang telah dihantar ke telefon anda
  • Klik pada SEMAKAN STATUS


Skrin akan memaparkan status permohonan sama ada anda layak atau tidak sebagai penerima BSH fasa pertama.

Memandangkan untuk proses semakan memerlukan nombor TAC jadi pastikan anda telah mendaftar nombor telefon ketika proses permohonan sebelum ini.


Jika anda ingin kemaskini / mendaftar nombor baru sila isi borang kemaskini nombor telefon (BK-21) di mana-mana cawangan LHDN bermula 15 Januari.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat di mana-mana cawangan LHDNM seluruh Malaysia.

Surat makluman juga akan dipos ke alamat surat menyurat yang telah didaftarkan sebelum ini.


TARIKH PEMBAYARAN BSH FASA 3

Bagi fasa ketiga, pendapatan isi rumah bawah RM2,000 akan menerima BSH berjumlah RM400, pendapatan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000 (RM300), manakala pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima RM100.

Pembayaran BSH fasa 2 akan dibuat bermula 28 Mei 2019 membabitkan 3.6 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.42 billion.

Namun desas desus mengatakan pembayaran akan dibuat penghujung bulan Ramadhannanti sebagai insentif bantuan Aidilfitri.

Seperti dimaklumkan tarikh kemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup akan dibuka bermula 1 Februari hingga 15 Mac 2019.

Kemaskini boleh dibuat di portal rasmi BSH online.

Antara maklumat yang perlu anda kemaskini ialah :

  • Status perkahwinan terkini (kahwin / cerai / kematian pasangan)
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris



PROSES VERIFIKASI DATA


Dan mengikut maklumat terkini dari portal rasmi BSH 2019, setiap permohonan akan melalui proses verifikasi bagi menentukan sama ada anda layak atau tidak.


Data-data yang anda berikan akan disemak melalui agensi-agensi berikut :

  • Pengenalan Diri (JPN)
  • Pendapatan (LHDNM, KWSP, PERKESO)
  • Status Perkahwinan (JPN, JAKIM)
  • Orang Kurang Upaya (JKM)
  • Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • Pemilikan Kenderaan (JPJ)
  • Bekerja / Menetap Di Luar Negara (JIM, KPM)
  • Anak Yang Masih Belajar (KPM, MARA)

Jadi setiap pemohon diminta untuk jujur dan amanah ketika mengisi borang permohonan online.


Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak serta merta.





KATEGORI BANTUAN SARA HIDUP


bantuan sara hidup bsh 2019

Pada pembentangan Belanjawan 2019 Menteri Kewangan mengumumkan kategori BSH 2019 yang sedikit berbeza dari tahun sebelum ini.

Dan terdapat tambahan RM120 untuk setiap penerima yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah (maksimum 4 orang) kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur mereka.

Sebagai contoh jika penerima mempunyai 4 orang anak maka jumlah bantuan yang akan mereka terima sebanyak RM1,480.

Ini bermakna jumlah yang diberikan lebih tinggi berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) iaitu berjumlah RM1,200 sahaja.

Berikut tiga jenis kategori Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 :

  • Kategori 1: Isi rumah berpendapatan RM2,000 dan ke bawah (Jumlah bantuan RM1,000 + RM120/anak)
  • Kategori 2: Isi rumah berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000 (Jumlah bantuan RM750 + RM120/anak)
  • Kategori 3: Isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 (Jumlah bantuan RM500 + RM120/anak)


Selain itu, kerajaan juga mengumumkan bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada pesaran kerajaan dengan pencen kurang RM1,000 sebulan.


MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berhubung Bantuan Sara Hidup 2019, anda boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada [email protected]


Kongsikan Artikel Ini