KUALA TERENGGANU: Penjawat awam Terengganu bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM500 pada 25 April ini.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pemberian bantuan itu melibatkan seramai 13,827 kakitangan awam negeri gred 56 dan ke bawah.
PERMOHONAN BANTUAN AIDILFITRI RM500
“Semoga dengan bantuan ini dapat memeriahkan sambutan hari raya kita bersama orang yang tersayang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga bersetuju memberikan Bantuan Khas i-Fitri berjumlah keseluruhan RM58.99 juta kepada 50,947 penerima di negeri itu.
Menurutnya implikasi kewangan bagi kedua-dua bantuan tersebut mencecah RM65.9 juta.
“Selepas dua tahun kita berada dalam fasa pandemik COVID-19 dan sambutan hari raya terpaksa dibuat secara terbatas, tahun ini kita bakal menyambut Aidilfitri dengan lebih meriah dalam fasa (peralihan) endemik,” katanya.
— BERNAMA
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.