Bayaran Pengeluaran Khas akan dibuat secara berperingkat bermula 20 April 2022
Cara Bayaran Pengeluaran Khas KWSP
Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.
Anda boleh menyemak status permohonan dari semasa ke sama di portal Pengeluaran Khas.
Maksud Arahan Bayaran Pengeluaran Khas KWSP
Bagi bayaran secara Arahan Bayaran, anda akan menerima notis pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran.
Maksud Status Permohonan Anda Telah Diterima
Ramai keliru dengan status Pengeluaran Khas KWSP “Permohonan Anda Telah Diterima”. Ini penjelasan KWSP:
- Permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.
- Anda boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di Portal Pengeluaran Khas
Status Permohonan Diterima Bukan Bermaksud Ditolak
Cara Pembayaran Awal Mengikut Batch
Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:
- Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
- Klik ‘Teruskan’
- Klik ‘Semakan Status Permohonan’
- Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
- Isi No Telefon Bimbit
- Sahkan Captcha
- Klik ‘Semak Status’
- Keputusan Permohonan Dipaparkan
- Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
- Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
- Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
- Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
- Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: http://t.me/pakejbantuankerajaan
- Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
- Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan
Maklumat Lanjut
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.