Ramai yang berkongsi kegembiraan di laman sosial media masing-masing kerana status lulus bagi Pengeluaran Khas KWSP RM10,000. Ada juga yang masih keliru bagaimana cara untuk semak status lulus pengeluaran Khas KWSP RM10,000?
Kami kongsikan kepada anda cara muda untuk semak status lulus & tarikh Pengeluaran Khas KWSP RM10,000.
Tarikh Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:
- Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
- Klik ‘Teruskan’
- Klik ‘Semakan Status Permohonan’
- Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
- Isi No Telefon Bimbit
- Sahkan Captcha
- Klik ‘Semak Status’
- Keputusan Permohonan Dipaparkan
- Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
- Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
- Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
- Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
- Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: http://t.me/pakejbantuankerajaan
- Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
- Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan
Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?
Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?
- Akaun bank (simpanan atau semasa)
- Akaun bank masih aktif
- Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
Maklumat Lanjut
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.