[UPDATE 2025] Senarai Lengkap Barang MyKasih Bantuan RM200 Sebulan

Senarai Barang MyKasih bagi tahun 2025 kini telah dikemaskini dan merangkumi pelbagai barangan keperluan asas. Program ini adalah sebahagian daripada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang membantu golongan B40 membeli barang runcit di kedai terpilih dengan hanya menggunakan MyKad.

Jika anda penerima bantuan MyKasih, anda berhak membeli barangan yang diluluskan tanpa perlu membayar tunai. Dalam artikel ini, kami senaraikan semua jenis barangan dan jenama yang dibenarkan dalam sistem bantuan MyKasih.

Apakah Itu Bantuan MyKasih?

Bantuan MyKasih adalah inisiatif kerajaan yang membolehkan penerima membeli barangan asas di kedai terpilih. Bayaran dan semakan mykasih dilakukan menggunakan kad pengenalan (MyKad) atau kad pintar MyKasih. Jumlah bantuan biasanya dikreditkan setiap bulan dan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan yang diluluskan.

Senarai Barang MyKasih 2025 [TERKINI]

Di bawah ialah senarai lengkap kategori barang yang boleh dibeli melalui program MyKasih:

1. Beras

  • Jasmine
  • Jati
  • Super 5
  • Ketupat
  • Royal Umbrella
  • Rambutan
  • Saga
  • Bernas
  • Faiza
  • Carnation

2. Roti

  • Massimo
  • Mighty White
  • Gardenia

3. Telur

  • CP
  • QL Eggs
  • Nutri Plus

4. Minyak Masak

  • Seri Murni
  • Saji
  • Buruh
  • Alif
  • Daisy
  • Knife
  • Vesawit

5. Tepung

  • Sauh
  • Lili
  • Faiza
  • Blue Key
  • Cap Ros

6. Biskut

  • Munchy’s
  • Julie’s
  • Tiger
  • KERK
  • Chips More
  • Kraft Foods
  • Hwa Tai
  • Jacob
  • Hup Seng

7. Mi Segera

  • Indo Mie
  • Mamee
  • Mie Sedap
  • Eka
  • Maggi
  • Cintan

8. Minuman

  • BOH
  • Fernleaf
  • Horlicks
  • Dutch Lady
  • Nescafe
  • Quaker
  • Milo
  • F&N
  • Marigold
  • Vico

9. Makanan Dalam Tin

  • TC BOY
  • Adabi
  • Kimball
  • Ayam Brand
  • Yeo’s
  • King Cup

10. Bahan Perasa

  • Puteri
  • Planta
  • Life
  • Kimball
  • CSR
  • Jalen
  • Tamin
  • Faiza
  • Maggi
  • Habhal’s

11. Produk Kesihatan

  • Colgate
  • Kotex
  • Dettol

12. Ubat-Ubatan

  • Prospan
  • Hurix’s
  • Sterimar
  • Panadol
  • Difflam

13. Barangan Sekolah

  • Stabilo
  • Steadler
  • Bata
  • Faber Castell
  • Canggih

Cara Guna Bantuan MyKasih di Kedai

Untuk menggunakan bantuan, hanya perlu bawa MyKad ke mana-mana kedai rakan niaga MyKasih. Di kaunter, nyatakan ingin guna MyKasih dan juruwang akan tolak bayaran terus dari sistem bantuan, mengikut baki tersedia dan jenis barang yang diluluskan.

Semakan Baki MyKasih 2025

Anda boleh semak baki bantuan dengan:

  • Melawat portal rasmi MyKasih
  • Guna aplikasi MyKasih di telefon pintar
  • Minta resit penyata baki di kaunter kedai MyKasih

Tip Jimat Belanja Guna Bantuan MyKasih

Berikut ialah beberapa cadangan agar bantuan anda lebih berbaloi:

  • Buat senarai semak barang sebelum membeli
  • Utamakan barangan keperluan seperti beras, telur, minyak masak
  • Elakkan beli barang di luar senarai supaya tidak ditolak sistem

Kesimpulan

Senarai barang MyKasih yang dibenarkan ini sangat membantu penerima SARA 2025 membuat belian dengan bijak. Pastikan anda menyemak jenama dan kategori sebelum membeli. Guna bantuan sepenuhnya untuk meringankan kos sara hidup seharian anda.

Untuk maklumat lanjut dan semakan bantuan terkini, layari MingguanKerja.my.

Leave a Comment