Permohonan & Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG)

Kongsikan Artikel Ini

Permohonan%2Bdan%2BKemasukan%2Bke%2BInstitut%2BPendidikan%2BGuru

Institut Pendidikan Guru atau singkatannya IPG merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diselia dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Jika sebelum ini, IPG lebih dikenali sebagai maktab perguruan. Namun, selepas beberapa penambahbaikan dilakukan serta dinaiktaraf, maktab perguruan telahpun bertukar status daripada maktab kepada institut.

Program pengajian utama yang ditawarkan di institusi ini adalah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Namun, sebelum pelajar mengikuti Program PISMP, pelajar perlu menyelesaikan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) terlebih dahulu.

Pelajar yang berjaya menyelesaikan program PISMP dan PPISMP bakal menerima Ijazah Sarjana Muda ataupun lebih dikenali sebagai degree. Untuk makluman anda, program PISMP ini hanya ditawarkan bagi pelajar lepasan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) sahaja.

Jadi, bagi anda yang merupakan lepasan SPM dan berminat untuk masuk ke mana mana cawangan IPG, di bawah kami kongsikan syarat-syarat Kelayakan Untuk Kemasukan Ke IPG yang perlu anda tahu dalam artikel ini. Anda perlulah memenuhi kesemua syarat-syarat kelayakan ini.


TEMPOH PENGAJIAN BAGI PROGRAM PISMP IPG

Bagi anda yang tertanya-tanya berapa tahunkah tempoh pengajian bagi program PISMP di IPG? Berikut merupakan tempohnya:

  • Tempoh Pengajian PPISMP: 1 tahun (2 Semester)
  • Tempoh Pengajian PISMP: 4 tahun (8 Semester)


Maka, jika ditambah bagi kedua-dua program ini, tempoh pengajiannya adalah selama 5 tahun ataupun 10 semester diperlukan untuk anda menyelesaikan program PISMP dengan jayanya.


KELEBIHAN MENERUSKAN PENGAJIAN DI IPG

Oleh kerana IPG merupakan IPTA yang diselia dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, jadi pelajar-pelajar IPG akan menerima kelebihan serta manfaat yang banyak. Antara manfaat tersebut adalah seperti :

  • Elaun bulanan
  • Tidak dikenakan yuran pengajian
  • Modul pengajian berbentuk latihan
  • Bebas daripada pinjaman PTPTN

PERMOHONAN IPG DIBUKA


Sekiranya anda berminat untuk masuk ke IPG, anda hendaklah cakna dengan tarikh permohonan dibuka untuk memastikan anda tidak terlepas peluang bagi membuat permohonan.

Untuk makluman anda, tarikh tepat permohonan IPG dibuka masih belum diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namun, jika diteliti tarikh mula permohonan bagi tahun-tahun sebelum ini, biasanya permohonan akan dibuka pada bulan MAC.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN IPG


Sebelum mengemukakan permohonan, anda perlulah mengetahui syarat-syarat kelayakan memohon terlebih dahulu. Anda juga perlulah memenuhi semua syarat-syarat ini untuk memohon. Berikut merupakan syarat-syaratnya:

  • Warganegara Malaysia Umur tidak melebihi 20 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred markah peperiksaan cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran. 5
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran seperti berikut
  • i. Bahasa Melayu; dan
  • ii. Sejarah.
  • Lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan


KRITERIA TIDAK LAYAK MEMOHON IPG

Berikut pula kami kongsikan kriteria-kriteria yang tidak melayakkan seseorang itu memohon kemasukan ke IPG. Sekiranya anda mempunyai kriteria di bawah, anda tidak boleh untuk memohon IPG.

  • Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Mereka yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  • Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.


Nota : Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM. Calon yang memohon bidang Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab MESTI MENDUDUKI DAN LULUS UJIAN AMALI bagi bidang pengkhususan tersebut.


MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN IPG


Untuk sebarang pertanyaan ataupun bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang IPG, anda bolehlah rujuk kepada pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di talian-talian berikut:

1.) Alamat:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar)

2.) No. Telefon:

03-8312 6693/ 6689/ 6627/ 6720/ 6733/ 6730/ 6731/ 6758/ 6760/ 6768/ 6769

Jadi, buat anda yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bolehlah mengemukakan permohonan apabila tarikh permohonan dibuka nanti. Semoga artikel ini bermanfaat dan kami doakan semoga permohonan anda berjaya.


Kongsikan Artikel Ini

5 thoughts on “Permohonan & Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG)”

Comments are closed.