STR Fasa 3 2025 telah mula dikreditkan ke akaun penerima bermula Ogos 2025 secara berperingkat, seperti dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Bayaran ini dilaksanakan selari dengan hasrat Kerajaan MADANI dalam memastikan bantuan kewangan terus disalurkan kepada isi rumah yang benar-benar layak menerima.
Artikel ini akan menghuraikan secara lengkap kaedah pembayaran, jumlah bantuan yang diagihkan, serta cara semakan status kelayakan STR Fasa 3.
Semua maklumat dikemas kini berdasarkan pengumuman rasmi kerajaan serta sumber sahih yang boleh dipercayai.
Kaedah Pembayaran STR Fasa 3
Penerima bantuan akan menerima bayaran STR melalui dua kaedah rasmi:
- Kredit ke akaun bank – Bayaran dimasukkan terus ke akaun bank pemohon atau pasangan yang berdaftar.
- Penunaian tunai di BSN – Bagi penerima tiada akaun bank, bayaran boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Sila pastikan anda telah membuat semakan STR terkini sebelum hadir ke kaunter penunaian.
Tarikh Rasmi Bayaran STR Fasa 3 2025
- Fasa 1: 22 Januari 2025
- Fasa 2: April 2025
- Fasa 3: Ogos 2025 (berperingkat)
- Fasa 4: November 2025
Penerima diminta peka terhadap kenyataan rasmi daripada portal MySTR dan media arus perdana.
Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori
Kategori Penerima | Jumlah Bayaran |
---|---|
Isi rumah RM2,500 & ke bawah | RM150 – RM650 |
Isi rumah RM2,501 – RM5,000 | RM150 – RM300 |
Warga emas tiada pasangan | RM150 |
Bujang | RM50 |
Bayaran adalah bergantung kepada jumlah pendapatan, bilangan anak dan status perkahwinan yang sah dalam rekod kerajaan.
Status STR Tak Lulus Fasa 3 – Apa Sebabnya?
Berdasarkan data daripada portal rasmi, beberapa penerima Fasa 1 dan 2 tidak menerima bayaran Fasa 3 atas sebab berikut:
- Tidak lulus permohonan STR 2025
- Status berubah – contoh: kahwin jadi cerai / pasangan meninggal dunia
- Tiada anak & berpendapatan RM2,501 – RM5,000
Cara Semakan STR Fasa 3 Secara Online
- Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Masukkan nombor MyKad & kata laluan
- Pilih menu “Semakan Pembayaran”
- Lihat status bayaran Fasa 3 (jika lulus atau tidak)
Jika anda terlupa kata laluan, gunakan fungsi “Terlupa Kata Laluan” di laman sama.
STR Tambahan – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Ramai keliru dengan dua jenis status “Lulus” yang dipaparkan. Berikut adalah penjelasan:
- Lulus STR: Layak menerima bayaran Fasa 1 – 4
- Lulus SARa: Tambahan RM100/bulan selama 12 bulan untuk golongan miskin tegar dalam eKasih
Untuk maklumat lanjut berkaitan semakan SARA MyKasih, anda boleh layari artikel panduan yang telah disediakan mingguankerja.my.
Cara Tuntut Bayaran di Kaunter BSN
Bagi penerima tiada akaun bank, anda boleh tebus STR Fasa 3 secara tunai di BSN:
- Bawa MyKad asal ke mana-mana cawangan BSN
- Maklumkan anda ingin tuntut bantuan STR Fasa 3
- Pengesahan identiti akan dibuat
- Wang bantuan diserahkan di kaunter jika rekod sah
Pastikan anda telah membuat semakan kelayakan terlebih dahulu.
Masalah Akaun Bank STR – Apa Perlu Buat?
Antara isu biasa yang berlaku:
- Akaun bank tidak aktif / dibekukan
- Nama tidak sepadan dengan nombor akaun
- Akaun atas nama pasangan (bukan pemohon)
Jika bayaran gagal dikreditkan, ia akan ditukar kepada kaedah tunai BSN secara automatik. Anda masih boleh membuat kemas kini maklumat STR dalam tempoh yang akan dibuka semula oleh LHDN.
Status LULUS Tapi Tak Dapat Duit?
Semak perkara berikut:
- Tarikh bayaran rasmi (bayaran dibuat berperingkat)
- Semakan dilakukan sebelum wang dikreditkan
- Akaun bank mungkin belum dikemaskini
Sekiranya masih tidak dapat bayaran selepas tarikh akhir, hubungi LHDN di 1-800-88-2747 atau hadir ke cawangan berhampiran.
Info Tambahan Berkaitan STR Fasa 3
STR Fasa 3 ini membuktikan komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat yang layak menerima bantuan tunai secara bersasar.
Bantuan ini amat penting khususnya kepada isi rumah berpendapatan rendah dalam menghadapi kos sara hidup yang meningkat.
Untuk panduan berkaitan permohonan, semakan dan kemaskini bantuan 2025 lain, anda juga boleh baca:
Sentiasa semak info terkini hanya di portal rasmi atau mingguankerja.my.