Syarat Kelayakan Penerima Bantuan MyKasih 2025 kini boleh disemak melalui dua portal rasmi iaitu MyKasih dan MySTR.
Bermula April 2025, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak, melibatkan lebih 5.4 juta rakyat Malaysia.
Bantuan ini bertujuan membantu golongan B40 dan miskin tegar membeli barang keperluan asas secara tanpa tunai di pasar raya terpilih.
mohon juga : Bantuan RM700 Mykad Automatic
Golongan berpendapatan rendah dan mereka yang kurang berkemampuan akan terus menerima bayaran Bantuan SARA di bawah MyKasih setiap bulan sehingga Disember 2025.
Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat Malaysia yang memerlukan.
Program Bantuan MyKasih adalah inisiatif yang dijalankan oleh Yayasan MyKasih untuk membantu golongan yang memerlukan di Malaysia, terutamanya keluarga dan individu yang berpendapatan rendah.
Selain Bantuan SARA, MyKasih turut menyediakan pelbagai program lain untuk menyokong kesejahteraan rakyat Malaysia.
Dengan adanya bantuan ini, diharapkan dapat mengurangkan beban hidup golongan yang kurang bernasib baik dan memberi mereka peluang untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Bantuan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan sosial.
Bantuan ini disalurkan secara terus melalui kad pengenalan (MyKad) atau kad pintar untuk memastikan proses pengagihan yang lebih telus, cekap, dan selamat.
Penerima akan menerima bantuan bulanan antara RM50 hingga RM200 mengikut kategori, dan pembelian hanya boleh dibuat menggunakan MyKad di kedai rakan niaga yang menyertai program MyKasih.
Kelayakan Bantuan MyKasih 2025 – Siapa Yang Layak?
- Warganegara Malaysia sahaja
- Telah lulus sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
- Tersenarai dalam sistem eKasih sebagai miskin/miskin tegar
Penilaian dibuat berdasarkan rekod terkini Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
Semakan Kelayakan Melalui Portal MyKasih
Untuk membuat semakan:
- Layari: www.mykasih.com.my
- Tekan butang Semak Status
- Masukkan 12-digit nombor MyKad
- Isi kod captcha & klik Semak
Jika anda layak, sistem akan paparkan: [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
Alternatif: Semakan Status di Portal MySTR
- Layari: bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad
- Sahkan kata kunci keselamatan
- Log masuk & klik menu “Semakan Status”
Status kelayakan dan bayaran akan dipaparkan jika anda tersenarai.
Berapakah Jumlah Bantuan MyKasih 2025?
Kategori | Jan–Mac | Apr–Dis | Jumlah Setahun |
---|---|---|---|
Isi Rumah (eKasih) | RM100 | RM200 | RM2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (eKasih) | RM100 | RM150 | RM1,650 |
Bujang (eKasih) | RM50 | RM50 | RM600 |
Isi Rumah (bukan eKasih) | – | RM100 | RM900 |
Warga Emas (bukan eKasih) | – | RM50 | RM450 |
Manfaat Guna Bantuan Dalam MyKad
Antara kelebihan bantuan ini:
- Tiada tunai terlibat – guna terus MyKad
- Boleh digunakan di pasar raya seperti Mydin, Lotus’s, Giant, Econsave dan kedai COOP
- Barangan asas terpilih sahaja – termasuk makanan, ubat, produk kebersihan dan alat tulis
Panduan Guna MyKad Untuk Pembelian
- Pilih barangan asas yang ada label “MyKasih”
- Serahkan MyKad di kaunter pembayaran
- Juruwang akan semak & imbas barangan
- Penerima masukkan pin 6-digit MyKad untuk pengesahan
- Transaksi siap. Simpan resit sebagai rujukan
Tarikh Kredit Bantuan Dalam MyKad
- Penerima STR + eKasih: Bayaran bulanan bermula Januari – Disember 2025
- Penerima STR sahaja: Bayaran bulanan bermula April – Disember 2025
Program Bantuan Berkaitan
- Senarai Barang MyKasih – Lihat produk & jenama yang dibenarkan
- Bantuan Dapur 2025 – Info tambahan untuk STR + eKasih
- Semakan SARA 2025 – Status bantuan RM600 setahun dalam MyKad
Info Tambahan Untuk Pengguna
Pastikan MyKad anda tidak rosak atau hilang kerana bantuan tidak dapat ditebus tanpa pengesahan fizikal di pasar raya.
Anda juga dinasihatkan untuk tidak mendedahkan pin 6-digit kepada orang lain.
Jika ada masalah, segera hubungi MyKasih melalui:
- Talian: (603) 7720 1800 / 1900
- Email: info@mykasih.com
Untuk maklumat bantuan lain yang boleh dimohon, layari mingguankerja.my – info sentiasa dikemaskini setiap minggu.