Berita baik bagi rakyat Malaysia, memandangkan KWSP RM10,000 sudah diluluskan dan akan dibayar dalam masa terdekat anda perlu mempunyai i-akaun bagi memudahkan urusan pengeluaran. KWSP ada memberi nasihat agar para pemohon mempunyai i-akaun bagi memudahkan urusan pengeluaran.
Justeru itu kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan urusan pengeluaran KWSP RM10,000 anda!
3 Langkah Mudah Mendaftar i-Akaun (Ahli)
Langkah 1
- Hadir ke mana-mana cawangan atau kiosk KWSP berhampiran anda untuk mendaftar i-Akaun (ahli)
Langkah 2
- Layari www.kwsp.gov.my
- Pilih ‘Log Masuk & klik i-Akaun (Ahli)
Langkah 3
- Seterusnya, masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID Pengguna & Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan i-Akaun
- Selepas anda bersetuju, anda perlu cipta ID Pengguna dan kata laluan. Pilih imej Online serta isi frasa rahsia anda
- Seterusnya, setelah berjaya, masuk semula menggunakan ID pengguna dan Kata Laluan yang telah dicipta.
- Akhir sekali, pengesahan untuk nombor telefon TAC hendaklah dilakukan sebaik sahaja anda log masuk.
Pengeluaran Terakhir KWSP
Maklumat Kaedah Permohonan Pengeluaran Dalam Masa Terdekat
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.