BKM Fasa 1: Cara Pembayaran BKM Fasa 1 Isi Rumah dan Individu Bujang 2022

Kongsikan Artikel Ini


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

Kami kongsikan pembayaran fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia BKM yang bernilai hampir RM2.0 Bilion yang akan dibayar secara berperingkat.


PEMBAYARAN FASA 1 BKM

Untuk pengetahuan anda, bagi pembayaran Fasa 1 BKM, 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 sehingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi seperti berikut:

  • 4.0 juta isi rumah
  • 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan)
  • 3.4 juta individu bujang


TARIKH PEMBAYARAN RASMI BKM

Setiap penerima yang layak akan menerima pembayaran secara berperingkat-peringkat bermula 28 Mac 2022 iaitu hari rabu sehingga 8 April 2022 melibatkan peruntukan berjumlah RM2.0 billion.

Pembayaran ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan 1443H.

CARA PEMBAYARAN

Berikut kami kongsikan cara pembayaran BKM Fasa 1:

bayaran%20bkm

SEMAKAN STATUS



Semakan status kelulusan BKM boleh dibuat bermula 28 Mac 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login


Kongsikan Artikel Ini