Satu perkara penting yang ramai tidak tahu — kredit bantuan SARA yang tidak digunakan dalam bulan semasa akan luput dan tidak dibawa ke bulan berikutnya.
Ini bermaksud, jika anda layak menerima RM100 tetapi tidak membelanjakannya dalam bulan tersebut, baki tersebut akan hangus sepenuhnya apabila masuk bulan baru.
Jadi penting untuk:
- Gunakan bantuan dalam MyKad seawal mungkin setiap bulan
- Buat pembelian berperingkat di pasar raya yang menyokong sistem MyKasih
- Simpan resit untuk semak berapa baki telah ditolak
Rancang perbelanjaan rumah anda berdasarkan baki bantuan — contohnya beli beras, sabun, makanan asas setiap minggu untuk guna sepenuhnya kredit MyKasih sebelum tamat tempoh.
Senarai Barangan Yang Dibenarkan Beli Dengan Bantuan SARA
Bantuan MyKasih hanya boleh digunakan untuk beli barang asas yang dibenarkan.
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppBerikut antara senarai barangan yang layak:
- Beras, minyak masak, gula, tepung
- Susu pekat, mi segera, telur
- Sabun mandi, ubat gigi, syampu
- Detergen pakaian, sabun basuh pinggan
- Ubat asas (paracetamol, minyak angin)
Barangan tidak dibenarkan: rokok, minuman manis bergas, alkohol, alat elektronik, tambah nilai (topup), kad prepaid.
Pembayaran akan gagal jika anda cuba beli barangan yang tidak dibenarkan.
Jadi semak label atau tanya juruwang sebelum buat bayaran dengan MyKad anda.
Di Mana Boleh Guna Bantuan Dalam MyKad?
Bantuan ini hanya sah digunakan di pasar raya dan kedai runcit berdaftar dengan sistem MyKasih.
Antara lokasi popular ialah:
- Mydin
- Lotus’s
- Econsave
- 99 Speedmart (terpilih)
- Kedai runcit komuniti berdaftar MyKasih
Pastikan anda membeli di kaunter bayaran dan guna MyKad sebagai kaedah bayaran.
Juruwang akan bantu semak jumlah dan baki semasa proses pembelian.
Ulasan Penerima STR + MyKasih
“Saya terkejut bila tahu saya layak dapat RM100 sebulan dalam MyKad. Dulu ingat bantuan STR saja. Sekarang setiap bulan boleh beli barang dapur tanpa guna duit gaji.” – Puan Jamilah, ibu tunggal, Rawang.
“Bantuan SARA ni banyak bantu saya beli ubat dan makanan asas. Lepas kena potong OT, ini sajalah yang tolong kami bulan-bulan.” – Encik Firdaus, pekerja kilang, Melaka.
Testimoni ini menunjukkan bahawa ramai masih tidak tahu tentang manfaat penuh STR dan MyKasih. Ramai hanya semak bila dapat mesej SMS — dan sebahagian lagi tidak tahu cara guna atau lokasi yang betul.
Soalan Lazim Bantuan Tambahan STR
- Kalau saya dah terima STR, boleh ke saya mohon SARA MyKasih?
Tak perlu mohon. Sistem akan padankan data eKasih dan STR secara automatik. Jika layak, anda akan dimasukkan dalam senarai penerima MyKasih. - Kenapa saya tak terima SMS walaupun layak?
Kadangkala mesej lambat dihantar. Anda boleh terus semak status di portal rasmi STR dan cuba guna MyKad di pasar raya MyKasih. - Saya bujang dan ada dalam STR. Dapat juga ke RM100 sebulan?
Tidak. Bujang yang tersenarai miskin tegar hanya layak RM50 sebulan. Jumlah bantuan ikut kategori penerima. - Kalau tak guna semua dalam sebulan, boleh carry forward?
Tidak boleh. Baki akan luput setiap akhir bulan dan digantikan dengan kredit bulan baru.
Rumusan
Bantuan Tambahan STR RM2,100 ini merupakan gabungan strategik antara bantuan tunai dan bantuan tanpa tunai. Ramai yang hanya fokus pada bayaran ke akaun bank, sedangkan nilai sebenar yang disalurkan melalui cip MyKad juga sangat besar — dan ramai terlepas pandang.
Semak segera status STR anda dan pastikan anda tak terlepas mana-mana bantuan yang layak. Jika digabungkan fasa STR, bantuan bulanan SARA dan insentif khas eWallet, nilai keseluruhan bantuan tahun ini sangat tinggi.
Jangan jadi antara yang menyesal di hujung tahun kerana tak guna bantuan MyKasih. Gunakan sepenuhnya hak anda sebagai penerima STR hari ini.