i-Ceria KWSP: Pengeluaran KWSP RM10,000 Kali Terakhir Untuk Rakyat Malaysia

Kongsikan Artikel Ini

AVvXsEig1RtNmgsa4FRIWiAoFItt4qNBqR1WEfEZOMD2eheYbX0wpiD9Qt63kBr64SPsULCe4UTAUPOZbB9oroIqTL2Q FOc6wnjpaWJ3hQ62h9Pp5WounPRYI4C7miJtW6Hc3ZdIVTF0vFuDkEACNiPh6u2GoJAHYBC4nfbMROAxv89V74HoD79 ZpSEACWEA=s16000

telegram%2Bimage

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Seorang ahli Parlimen mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan ‘i-Ceria’ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.

Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Selasa berkata, hal ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.


“Tuntutan ini bukan menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari tua, tuntutan saya ini juga bukanlah menafikan fakta mengenai 20 peratus daripada pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua.

“Tuntutan saya pada hari ini adalah semata-mata untuk memastikan permintaan Keluarga Malaysia dipenuhi, khususnya buat mereka yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik Covid-19, ditambah pula musibah banjir yang telah berlaku baru-baru ini,” katanya.


Justeru, Mohd Salim berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula tuntutan rakyat iaitu pengeluaran KWSP untuk kali terakhir dan secara bersasar bagi mereka yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan.



Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pengeluaran wang KWSP menerusi beberapa siri inisiatif, i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari.
Cadangan berkenaan turut dipersetujui beberapa ahli Parlimen termasuk Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit), M Karupaiya (PH-Padang Serai), Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) dan Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat).



Sementara itu, Karupaiya dan Hasan berpendapat kerajaan perlu mengawal kenaikan harga barang susulan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab cenderung menaikkan harga ketika rakyat menerima bantuan kewangan.

Sumber: Sinar Harian

Kongsikan Artikel Ini