Berita baik untuk keluarga yang mempunyai Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan nilai bantuan sebanyak RM2,000 untuk setiap isi rumah di Malaysia.
Nilai bantuan ini lebih banyak berbanding sebelum ini yang hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.
Kami kongsikan kepada anda syarat untuk memohon bantuan ini.
Jumlah Bantuan BKM Isi Rumah 2022
Melalui pembentangan Belanjawan 2022, bantuan diberi berdasarkan kepada empat kategori seperti berikut:
Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:
- RM2,000: Lebih 3 orang anak
- RM1,500: 1-2 orang anak
- RM1,000: Tiada anak
Isi Rumah RM2,500 – RM5,000:
- RM800: Lebih 3 orang anak
- RM600: 1-2 orang anak
- RM400: Tiada anak
Tambahan Kadar Isi Rumah:
- RM300: Warga Emas
- RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan
Syarat Kelayakan Pemohon Isi Rumah BKM
- Sudah Berkahwin
- Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Tarikh Pembayaran
Untuk maklumat, pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali dalam masa setahun.
Tarikh pembayaran akan bermula pada bulan Mac 2022.
Cara Membuat Permohonan BKM
Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.
Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM
Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)
Sila layari https://bkm.hasil.gov.my/ untuk kemaskini dan permohonan online.
Permohonan Baharu / Kemaskini BKM 2022
Kami kongsikan cara untuk membuat permohonan baharu BKM 2022:
1. Klik Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu atau klik Log Masuk
BKM bagi melakukan Kemaskini Permohonan – Masukkan No.MyKad serta kata
laluan yang telah didaftarkan.
2. Setelah Berjaya Log Masuk, paparan menu Kemaskini Permohonan akan dipaparkan.
3. Seterusnya masukkan No. MyKad pemohon diruangan No. MyKad dan klik butang
Semak. Kemudian lengkapkan kesemua maklumat pemohon yang bertanda (*) –
mandatori
Semak. Kemudian lengkapkan kesemua maklumat pemohon yang bertanda (*) –
mandatori
4. Kemudian klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik
butang Sahkan Captcha
butang Sahkan Captcha
6. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat
yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang Perakuan Pemohon berkenaan
yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang Perakuan Pemohon berkenaan
7. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan
8. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan
dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan
permohonan.
dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan
permohonan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.