Ramai Penerima Mula Dikreditkan Bayaran BKC ~ Ini Mungkin Tarikh Pembayaran BKC Ogos 2021

Kongsikan Artikel Ini


bkc bayaran ogos
telegram%2Bimage
Berita baik bagi mereka yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, Bantuan Khas COVID-19 telah diumumkan oleh kerajaan untuk membantu mereka terutamanya rakyat yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Sekiranya anda tergolong dalam kategori miskin tegar, anda akan dapat bantuan daripada kerajaan sebanyak RM500 selama 2 bulan dan RM300 selama sebulan.
Kami kongsikan kepada anda bagaimana dan maklumat terkini Bantuan Khas untuk penerima kategori miskin tegar.

Definisi Miskin Tegar

Maksud definisi miskin tegar adalah mereka yang termasuk di bawah golongan rentan di Malaysia.
Antara mereka yang tergolong dalam kategori miskin tegar adalah dalam kalangan rakyat yang menerima gaji di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM500 sebulan.
Permohonan Bantuan Miskin Tegar
Untuk pengetahuan anda, Bantuan Miskin Tegar ini tergolong dalam Bantuan Khas Covid-19.
Justeru, anda tidak perlu untuk membuat permohonan keranan kelayakan anda adalah berdasarkan data sedia ada seperti mana Permohonan BPR 2021.
Jadi tidak ada sebarang permohonan online yang perlu untuk anda isi bagi membolehkan anda mendapat Bantuan Miskin Tegar.

Jumlah Bantuan BKC

Bagi mereka yang tergolong dalam kategori penerima Miskin Tegar kategori isi rumah, anda akan mendapat bantuan sebanyak RM1,300.
Manakala mereka yang tergolong dalam kategori Miskin Tegar bahagian Warga Emas Sebatang Kara pula akan menerima bantuan sebanyak RM500
Bujang Miskin Tegar pula akan menerima bantuan RM500.

Ramai Pemohon Sudah Dikreditkan Bantuan BKC

Walaupun LHDN belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan bilakah tarikh rasmi pembayaran Bantuan BKC, namun, rata-rata pemohon ada berkongsi di facebook mereka bahawa pembayaran Bantuan BKC sudah pun bermula semenjak semalam.
Kami kongsikan bukti pembayaran ke akaun pemohon bermula semalam.

bkc

bkc%2B3

bkc%2B4

Ada satu perkongsian daripada chat Bank Islam dengan penerima BKC yang menjawab tarikh bilakah pembayaran ini akan dibuat.
bkc%2B6

Berdasarkan perkongsian chat di atas, kemungkinan bayaran BKC akan dikreditkan secara berperingkat-peringkat bermula 16 Ogos sehingga 24 Ogos 2021.
Namun begitu, sama-samalah kita nantikan tarikh pembayaran secara rasmi dan sentiasalah semak akaun bank anda daripada semasa ke semasa.


Tarikh Pembayaran BKC

Bagi kategori Miskin Tegar Isi Rumah pembayaran bermula pada bulan Ogos sebanyak RM500. Kemudian diteruskan pada bulan November sebanyak RM500 dan bulan terakhir Disember sebanyak RM300.
Manakala bagi kategori warga emas, mereka akan menerima bayaran bermula Ogos sebanyak RM200. Kemudian pada bulan November RM300.
Bujang pula menerima bayaran sama seperti Warga Emas iaitu Ogos RM200 dan November sebanyak RM300.
bkc jadual

Bagaimana Kaedah Pembayaran Dilakukan?

Pembayaran yang dibuat adalah berdasarkan akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021.

Bila Boleh Semak Status?

Tarikh dan kaedah semakan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Anda boleh layari website Bantuan Miskin Tegar untuk maklumat lanjut.


Kongsikan Artikel Ini