Permohonan Tajaan Biasiswa/ Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah 2023. Pemohon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon tajaan Dermasiswa/Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi untuk mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian 2023.
Yayasan Sabah merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan dengan objektif untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk rakyat Malaysia di Sabah. Selain itu, mewujudkan peluang untuk pengagihan kekayaan ekonomi yang lebih saksama di kalangan rakyat Negeri Sabah dan menyediakan bantuan kepada institusi kebajikan dan mangsa-mangsa bencana alam.
Syarat Kelayakan Tajaan Biasiswa Yayasan Sabah 2023
Berikut adalah syarat biasiswa Yayasan Sabah 2023:
- Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah; atau
- Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal dari negeri Sabah; atau
- Pemohon, ibu atau bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa mempunyai status Penduduk Tetap di negeri Sabah.
*Keutamaan diberikan kepada mereka yang berasal dan menetap di negeri Sabah.
Baca Juga:
- e Tunai Belia Rahmah RM200 Mula Dikreditkan Bulan Ini
- STR Fasa 3: Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3
Jenis Tajaan Biasiswa Yayasan Sabah 2023
- BIASISWA
- Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
- Kursus: Matrikulasi / Pra / Asasi / ‘A’Level/ Diploma
- Tempat Pengajian: Dalam negara, keutamaan kepada pelajar yang mengikuti Program Berkembar (TTP)
- Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)
- Kursus: Matrikulasi / Pra / Asasi / Diploma
- Tempat Pengajian: UiTM / UMS / UMP/ UM / UniSZA/ UniSHAMS / Kolej Pro. Baitulmal, KL/ KTYS / UCSF / KUIPSAS
- Biasiswa Bahasa Arab / Pengajian Islam
- Peringkat Pengajian : Diploma / Ijazah Sarjana Muda
- Tempat Pengajian: Institusi Pengajian Tinggi Tempatan / Program Berkembar (TTP) / ASEAN / Timur Tengah
- Biasiswa Ulum Islamiah
- Peringkat Pengajian : Ijazah Sarjana Muda
- Tempat Pengajian: Universiti Al-Azhar, Mesir
- Biasiswa Perubatan Mesir
- Peringkat Pengajian : Ijazah Sarjana Muda
- Kursus: Perubatan (Mesir)
- Tempat Pengajian: Al-Azhar University, Mesir Alexandria University, Mesir
- Biasiswa Bahasa Arab (KTYS-Timur Tengah)
- Peringkat Pengajian : Asasi-Ijazah Sarjana Muda
- Kursus: Bahasa Arab
- Tempat Pengajian: Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) Yarmouk University, Jordan
- Biasiswa Kejuruteraan (KTYS-UMP)
- Peringkat Pengajian : Ijazah Sarjana Muda
- Kursus: Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif, Kejuruteraan Perniagaan dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Tempat Pengajian: Universiti Malaysia Pahang (UMP) (Program Kerjasama Jerman) dan
- Kursus: Asasi Kejuruteraan
- Tempat Pengajian: Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS)/ Program Kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Peringkat Pengajian : Diploma
- Tempat Pengajian: Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS)
- Biasiswa Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS)
- Peringkat Pengajian : Diploma dan Ijazah
- Kursus: Pertanian, Veterinar, Perakaunan, Seni Bina, Ukur Bahan, Keusahawanan, Pergigian
- Tempat Pengajian: IPT Tempatan
- Biasiswa Pelancongan/Perhotelan (UCSF)
- Peringkat Pengajian : Diploma/Ijazah Sarjana Muda
- Tempat Pengajian: University College Sabah Foundation (UCSF)
- Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
- DERMASISWA
- Dermasiswa KTYS/Politeknik/UiTM
- Peringkat Pengajian: Sijil/Diploma
- Tempat Pengajian: Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS)/ Politeknik/UiTM
- Dermasiswa KTYS/Politeknik/UiTM
- PINJAMAN PENGAJIAN
- Pinjaman Pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus Dermasiswa/Biasiswa Kumpulan Yayasan Sabah.
Cara Mohon Biasiswa Yayasan Sabah 2023
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian (online) di http://www.yayasansabahgroup.org.my melalui pautan Portal Permohonan Tajaan Yayasan Sabah Tahun 2023. Pemohon perlu mendaftar dengan e-mel peribadi. Sila maklum bahawa borang permohonan secara dalam talian (online) ini hanya sesuai dibuka menggunakan komputer riba (laptop) atau komputer peribadi (PC) dan menggunakan pelayar Google Chrome.
- Sila klik “DAFTAR AKAUN” dan isikan nama, nombor MyKad, e-mel yang sah/aktif dan juga negeri asal / daerah asal.
- Setelah selesai mengisi semua maklumat berkaitan, sila tekan butang “Daftar”.
- Selepas daftar, pemohon akan menerima e-mel yang mengandungi ID dan Kata Laluan (password).
- Sila klik pautan di dalam e-mel yang diterima untuk mengaktifkan akaun dan seterusnya log masuk untuk mengisi borang permohonan secara dalam talian (Online).
- Sila lengkapkan borang permohonan mengikut arahan yang disediakan sebelum menekan butang “HANTAR”.
*Nota : Bagi pemohon lepasan SPM 2022, sila pastikan maklumat keputusan SPM adalah keputusan rasmi. Sekiranya pemohon telah mendaftar tetapi tidak menerima e-mel, sila hubungi pejabat Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah di talian 088 – 326402 / 326385 / 326390 / 326392 / 326393 / 326395 / 326396 / 326397 / 326399 / 326603 / 434195 atau e-mel [email protected]
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Julai 2023. Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak mendapat jawapan selepas 30 September 2023.
Kelayakan Akademik
- Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
- Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperoleh 5A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2022.
- Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)
- Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperoleh 5A termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2022. Khusus kepada golongan B40 luar bandar.
- Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiah
- Pemohon mestilah memperoleh Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jaid Jiddan/Sangat Baik) dan/atau memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM.
- Biasiswa Perubatan Mesir
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan PreMedic/Matrikulasi.
- Biasiswa Bahasa Arab (KTYS-Timur Tengah)
- Pemohon mestilah memperoleh Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jaid Jiddan/Sangat Baik) dan/atau memperoleh sekurang-kurangnya 4 kredit termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan Al Quran & Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah dalam peperiksaan SPM.
- Biasiswa Kejuruteraan (KTYS-UMP)
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan peringkat Asasi Kejuruteraan di Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS). Manakala bagi kursus peringkat Asasi Kejuruteraan, pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
- Biasiswa IPTA/IPTS
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
- Biasiswa Pelancongan/Perhotelan (UCSF)
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
- Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KTYS)
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
- Dermasiswa KTYS/Politeknik/UiTM
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
- Pinjaman Pengajian
- Pemohon mestilah memperolehsekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.