Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 3) akan mula dibayar sebelum Hari Raya Haji tahun ini.
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan khabar gembira itu ketika sesi soal jawab bersama Perdana Menteri di Parlimen hari ini.
Untuk makluman anda, tarikh Hari Raya Haji pada Tahun 2023 adalah pada 29 Jun 2023. Hal ini bermakna, bayaran STR Fasa 3 diawalkan dari bulan Julai sebelum ini kepada minggu hadapan.
Berikut maklumat lanjut berkenaan STR Fasa 3.
Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 3)
Proses bayaran STR Fasa 3 diawalkan kepada bulan Jun sebelum Hari Raya Haji.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023.
Semakan status bayaran boleh dibuat melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Berikut adalah jadual Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 mengikut hari bekerja bagi bulan Jun 2023 (Rasmi)
Minggu 2 | 12 – 16 Jun 2023 |
Minggu 3 | 19 – 23 Jun 2023 |
Minggu 4 | 26 – 28 Jun 2023 |
- Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai Jun 2023.
- Seperti sebelum ini, bayaran bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.
- Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, bayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
[DIKEMAS KINI] Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga akan dibayar kepada penerima golongan B40 sebelum sambutan Hari Raya Haji.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion yang memanfaatkan lapan juta penerima di seluruh negara.
“Selain itu, (bayaran) e-Tunai Belia Rahmah RM 200 dalam kepada belia (berusia) 18 sehingga 21 tahun akan disalurkan sebelum minggu ketiga bulan ini,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Kadar Bayaran STR Fasa 3
Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah dikreditkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April 2023 yang lalu. Manakala, Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah pula dijangkakan akan dikreditkan kepada yang layak tidak lama lagi.
Berikut pula ialah jumlah pembayaran STR Fasa 3 yang akan diberikan kepada yang layak mengikut kategori:
- Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah
Bilangan anak 0: RM300
Bilangan 1 – 2 kanak-kanak: RM400
Bilangan 3 – 4 kanak-kanak: RM600
Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM800
Baca Juga:
- Bantuan e-Wallet RM200: Mohon & Semak Kelayakan
- Tema & Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2023
- Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000
Bilangan kanak-kanak 0: Tiada Bayaran
Bilangan 1 – 2 anak: RM150
Bilangan 3 – 4 orang anak: RM200
Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM250
- Warga emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
STR Fasa 3: RM200
- Bujang 21 – 59 tahun
STR Fasa 3: RM150
- Bujang berumur 19-59 tahun kurang upaya
STR Fasa 3: RM150
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:
Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.