Bantuan Barangan Dapur RM100 Selama 3 Bulan Untuk Golongan Miskin Seluruh Malaysia

Kongsikan Artikel Ini

isi rumah rm100

telegram%2Bimage
Prihatin Kasih dengan peruntukan RM100 juta telah diumumkan sebagai salah satu langkah pakej PEMERKASA, bagi membantu kos sara hidup bagi golongan miskin bandar. Program bantuan barangan dapur ini disalurkan secara tanpa tunai atau cashless melalui penggunaan MyKad dan akan memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara.
Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini bantuan.


PENGENALAN PROGRAM BANTUAN RM300 BARANGAN DAPUR (PRIHATIN KASIH)

Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad.
Antara barangan keperluan asas yang boleh dibeli dalam program ini termasuklah makanan seperti susu bayi, beras, minyak masak, telur, makanan dalam tin dan sebagainya. Barangan-barangan ini anda boleh beli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.

JUMLAH BANTUAN BARANGAN DAPUR

Bermula pada 1 Julai 2021 lepas penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan yang dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad.
Melalui elaun ini, mereka boleh untuk membeli barangan makanan asas di kedai-kedai runcit berdekatan dengan kawasan rumah mereka.
Mereka yang layak akan menerima elaun bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 setiap bulan melalui akaun MyKad mereka untuk tempoh tiga bulan.
Contoh jadual pembayaran:
Julai 2021 – RM100
Ogos 2021 – RM100
September 2021 – RM100
Jumlah: RM300
Sekiranya baki elaun bulanan tidak habis digunakan, anda boleh untuk bawa baki tersebut ke bulan berikutnya dan digunakan bersama-sama dengan elaun bulan berikutnya.

KELAYAKAN BANTUAN RM300 BARANGAN DAPUR

Keluarga yang layak akan dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR. Sekiranya melepasi syarat, mereka layak untuk terima Bantuan PRIHATIN Kasih ini.
Mereka yang layak akan terima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.


MOHON & SEMAK BANTUAN RM300 BARANGAN DAPUR

Anda boleh untuk membuat semakan status kelayakan secara online Klik Di Sini
Cara semak kelayakan:
  • Layari laman web MyKasih http://www.mykasih.com.my/site/
  • Isi nombor kad pengenalan
  • Masukkan kod Captcha yang dipaparkan
  • Status anda akan dimaklumkan
  • Jika layak, anda akan terima sms dari MyKasih untuk mengesahkan status anda sebagai penerima manfaat program ini.
prihatin kasih

TEMPOH PENGGUNAAN DANA

Penerima PRIHATIN Kasih boleh menggunakan elaun bantuan makanan di kedai runcit yang mengambil bahagian antara 1 Julai 2021 dan 31 Disember 2021. Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya.

Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.
prihatin%2Bkasih%2B2
prihatin%2Bkasih%2B3

MAKLUMAT LANJUT


Kongsikan Artikel Ini