Cara Mohon Jawatan Guru Gred DG41 MYSPP 18,702 Kekosongan

Kongsikan Artikel Ini

telegram%2Bimage

Untuk makluman semua, bermula hari ini 7 Julai 2021, anda boleh untuk mendaftarkan diri anda bagi mengisi kekosongan jawatan guru sebanyak 18,702 kekosongan Guru Gred DG41.

Sekiranya anda ingin mendaftar, anda perlu untuk mengisi segala maklumat diri anda melalui portal MYSPP iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang digunakan untuk sistem pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan.

Oleh itu, pemohon sedia ada dan bakal pemohon digalakkan agar menggunakan mySPP untuk permohonan jawatan SPP. Kami kongsikan kepada anda cara untuk mendaftar mySPP.


guru%2B5

guru%2B6

Cara Daftar mySPP

Untuk mendaftar mySPP bagi tujuan memohon jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), sila ikuti langkah seperti yang berikut:
1. Pergi Ke Laman Web Rasmi SPP
Sila pergi ke laman web rasmi mySPP melalui pautan https://myspp.spp.gov.my/myspp/login.jsp
Anda akan dibawa ke halaman seperti berikut:
mySPP
2. Daftar Akaun Baharu
Klik pada ‘Daftar Akaun Baharu’
3. Isi Maklumat
Pastikan semua medan bertanda * diisi.
Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan anda.
Selepas semua medan diisi, klik butang ‘Daftar’.
4. Log Masuk
Anda boleh terus log masuk ke Portal mySPP dan menggunakan MyID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Setelah anda selesai mendaftar butiran dan maklumat anda sebagai pengguna SPP, anda perlu membuat permohonan pada mana-mana jawatan yang akan diiklankan dalam Portal SPP.
Jadi jangan lupa untuk isi jawatan Guru Gred DG41 ya!

Cara Isi Borang & Membuat Permohonan Jawatan mySPP Online

Pemohon yang telah berjaya Log Masuk boleh mengisi borang mySPP.
Pemohon dinasihatkan agar membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPP sebelum memohon bagi mengelakkan memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.
Anda kena rujuk pada Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum anda mendaftar.
Langkah-langkah mengisi borang SPP online adalah seperti yang berikut:
  1. Log Masuk Portal mySPP
  2. Klik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan isikan semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
  3. Klik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
  4. Isikan Maklumat ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ sekiranya berkaitan.
  5. Klik pada pautan Maklumat Tambahan dan isi butiran selengkapnya.
  6. Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Jawatan SPP” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN”.
  7. Calon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’.
  8. Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.
  9. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR.
  10. Slip Akuan Pendaftaran akan dipaparkan dan ia boleh dicetak sebagai rujukan.

Cara Membuat Semakan Status Permohonan

Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan” di pautan berikut:
Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon.
Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).
  • Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
  • Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang DitetapkanOleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian.
Dalam perkara ini, SPP telah menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Soalan Lazim

1. Apakah jawatan yang boleh saya pohon di SPP?
– Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
– Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPM iaitu jawatan berikut:
Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N19.
Penyelia Asrama Gred N19.
Pembantu Pengurusan Murid Gred N19.
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19.
Pembantu Makmal Gred C19.
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19.
Pembantu Operasi Gred N11.
Pemandu Kenderaan Gred H11.

2. Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan tersebut?

Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my
3. Bilakah iklan jawatan kosong SPP akan disiarkan?

SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar mahupun media massa yang lain.
SPP akan menyiarkan iklan sepanjang masa di portal rasmi mySPP.
Oleh dengan itu, pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain yang berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki.
Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Walau bagaimanapun, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPP pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.

4. Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di JobsMalaysia?

Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP.
Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPP Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian.
Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.
5. Saya telah membuat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia dan SPP telah mengesahkan permohonan jawatan saya, adakah maklumat permohonan jawatan tersebut ada disimpan dalam mySPP?
Ya.
Semua maklumat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia yang telah disahkan permohonan oleh SPP akan berada dalam mySPP.
Walau bagaimanapun, anda masih perlu mendaftar akaun baharu di mySPP bagi tindakan selanjutnya.

Maklumat Lanjut

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang pendaftaran, permohonan jawatan SPP atau status semakan anda di portal mySPP, sila hubungi
Talian Hotline mySPP : 03-8893 4019 / 4020 / 4021 / 4022
Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP) sila isikan maklumbalas di SINI.
Alamat surat-menyurat: Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya.


Kongsikan Artikel Ini