PRN 2023 : Tarikh Mengundi & Penamaan Calon

Kongsikan Artikel Ini

Tahun ini, enam negeri akan melaksanakan PRN 2023. Antaranya Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu & Negeri Sembilan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi bagi enam negeri yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri kali ini.

Berikut dikongsikan tarikh mengundi & tarikh penamaan calon PRN 2023.

Pilihan Raya Negeri Tahun 2023 (PRN 2023)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon.

Sementara itu, hari pengundian awal ditetapkan pada 8 Ogos ini. Perkara itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media di Menara SPR, beberapa hari lepas.

Abdul Ghani berkata, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengumuman calon bertanding sehingga jam 11.59 malam, 11 Ogos 2023.

Baca Juga :

Tarikh Mengundi PRN 2023

Berikut adalah tarikh penting proses pengundian PRN 2023 :

  • Hari Penamaan Calon : 29 JULAI 2023 (SABTU)
  • Hari Mengundi Awal : 8 OGOS 2023 (SELASA)
  • Hari Mengundi : 12 OGOS 2023 (SABTU)

Kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi 6 negeri tersebut sebelum ini telah bersetuju untuk membubarkan DUN masing-masing pada Jun 2023.

Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kekosongan atau kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan kekosongan tersebut.

Tarikh PRN 2023
PRN 2023 : Tarikh Mengundi & Penamaan Calon 4

Semakan Daftar Pemilih

Para pengundi PRN 2023 boleh melakukan semakan maklumat pengundian bagi mengetahui maklumat pusat mengundisaluran mengundi dan nombor bilangan mereka mulai 17 Julai 2023 (Isnin).

Sila rujuk langkah berikut untuk membuat semakan daftar pemilih SPR. Anda juga boleh membuat semakan daftar pengundi anda melalui laman web rasmi SPR dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web SPR di https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan
  2. Klik pada “Semakan Daftar Pengundi”
  3. Masukan Nombor Kad Pengenalan
  4. Masukkan Captcha seperti yang tertera
  5. Klik pada butang Semak
  6. Hasil carian akan dipaparkan

Selamat mengundi!


Kongsikan Artikel Ini