Jika anda tergolong dalam kategori kelompok B40, anda layak untuk menerima Bantuan Bina Rumah atas tanah sendiri sehingga RM60,000.
Program ini adalah antara dari inisiatif kerajaan Madani untuk meringankan beban kelompok yang berpendapatan rendah dengan membantu membiaya pinjaman membangunkan rumah sehingga rakyat memiliki sumber daya untuk memiliki rumah sendiri.
Ketahui panduan ringaks tentang cara mohon, syarat kelayakan dan kriteria-kriteria wajib bagi skim bantuan yang kerajaan perkenalkan ini.
Syarat Kelayakan Bantuan Bina Rumah RM60,000
Dibawah merupakan syarat kelayakan yang perlu untuk melayakkan anda mendapatkan bantuan ini:
- Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
- Berumur 21 – 71 tahun.
- Bekerja dan mempunyai pendapatan.
- Bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan.
- Belum mempunyai rumah.
- Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
- Memiliki tanah sendiri atau milik ahli keluarga sendiri.
Syarat Skim Bantuan Bina Rumah RM60,000
Berikut merupakan syarat pinjaman yang telah ditetapkan:
- Had pinjaman maksimum adalah RM60,000 (tidak termasuk perlindungan insurans)
- Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
- Caj perkhidmatan sebanyak 2% ke atas pinjaman.
- Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran.
Baca Juga:
Syarat Pinjaman Generasi 2
- Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur di antara 45 – 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 – 35 tahun.
- Berpendapatan minimum RM1,000 dan bukan kakitangan kerajaan.
- Perlindungan insurans hanya untuk generasi kedua sahaja.
- Generasi kedua mestilah anak kandung kepada pemohon.
Kaedah Cagaran Tanah
Dibawah merupakan kaedah cagaran tanah milik peminjam atau milik anggota keluarga terdekat dengan kebenaran tertulis dari pemilik tanah.
- Nilai tanah yang dicagarkan (mengikut nilai dari Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) tidak boleh lebih rendah dari jumlah pinjaman.
- Tanah milik pajak harus memenuhi syarat-syarat sebagai berikut;
- Masa pajak yang sesuai dari tanah yang dicagarkan setidaknya 40 tahun.
- Memperoleh hak cagaran tanah dari badan berkuasa negeri tersebut.
Cara Mohon Bantuan Bina Rumah RM60,000
Pemohon perlu mengemukakan permohonan menggunakan ‘borang asli’ yang boleh didapati di Jabatan Perumahan Negara, Putrajaya, Pejabat Wakil Rakyat, Pejabat Daerah/ Tanah yang terdekat, atau ‘download’ borang daripada portal JPN di pautan http://ehome.kpkt.gov.my/.
Permohon boleh mengemukakan permohonan dengan menghantar Borang Permohonan SPP secara terus kepada Jabatan Perumahan Negara seperti di alamat yang tertera di muka hadapan borang.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, anda boleh layari terus portal JPN http://ehome.kpkt.gov.my/ atau berhubung dengan pegawai Bahagian Pembiayaan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara di talian 03-88914049 / 4007/ 4033/ 4032.
Semoga berjaya!
Amin is the prolific writer behind www.mingguankerja.my, a dynamic platform that serves as a trusted source for publishing job vacancies and current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.