STR Tambahan : Semakan Penerima Layak STR Tambahan RM600

Kongsikan Artikel Ini

Semakan STR Tambahan sebanyak RM600 – Kita boleh dapati terdapat beberapa penambah-baikan didalam Belanjawan 2023 yang telah dibentang oleh YAB Perdana Menteri pada pembentangan yang lalu.

Hal ini merangkumi aspek dari segi perincian, isi rumah, lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting yang memberi fokus kepada kelompok miskin tegar, serta STR Tambahan RM600 dibandingkan dengan peruntukan awal.

Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah Tambahan serta kategori penerima yang layak.

STR Tambahan / Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

STR merupakan salah satu usaha kerajaan di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

i. Isi Rumah

a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii. Warga Emas Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii. Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Baca Juga:

Berapakah Amaun Asas STR Diterima?

Semakan STR Tambahan Amaun
STR Tambahan : Semakan Penerima Layak STR Tambahan RM600 5

Golongan Layak STR Tambahan

Jumlah STR Tambahan adalah sebanyak RM600 ini telah dikhaskan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kelompok miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Semakan STR Tambahan Kelompok
STR Tambahan : Semakan Penerima Layak STR Tambahan RM600 6

Semakan Status Layak STR Tambahan

Bagi mereka yang ingin melakukan proses semakan, anda boleh melakukannya menerusi portal eKasih pada pautan https://ekasih.icu.gov.my/

Tarikh Bayaran STR Tambahan

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.

Sila rujuk jadual berikut :

  • SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
  • SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
  • SARA 3 – September 2023 (RM100)
  • SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
  • SARA 5 – November 2023 (RM100)
  • SARA 6 – Disember 2023 (RM100)

Maklumat dan Pertanyaan Lanjut Semakan STR Tambahan

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.


Kongsikan Artikel Ini