Sebentar tadi Perdana Menteri ada mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan untuk membantu dan meringankan kesusahan rakyat.
KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran
baharu iaitu i-Citra. Menerusi i-Citra,
Kami kongsikan kepada anda maklumat terperinci bantuan PEMULIH ini.
Syarat i-Citra
Menerusi permohonan baharu i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh
membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit.
Kadar bayaran tetap 1 ribu
ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan
KWSP ahli.
Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit
kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.
Cara Mohon Dan Tarikh Permohonan
Ahli boleh mula memohon
kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di
icitra.kwsp.gov.my (sedang diselenggara) mulai 15 Julai 2021
Bulan Pembayaran
Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.