KOTA KINABALU: Negeri Sabah akan kekal melaksanakan semua prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di negeri ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun ketika dihubungi Sabah Media berkata, ia termasuk waktu perniagaan kedai makan dan restoran yang beroperasi bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.
“Tunggu pengumuman (perkembangan) esok selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN),” kata Masidi kepada Sabah Media menerusi aplikasi WhatsApp disini malam ini.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Dato Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan operasi kedai makan serta restoran dibenarkan bermula jam 6 pagi sehingga 10 malam, bermula Isnin.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.