STR Tambahan : Semakan Bantuan Tambahan RM600

Kongsikan Artikel Ini

Semakan Bantuan Tambahan RM600 : Dianggarkan lebih dari 200,000 penerima Bantuan STR akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM600 bermula Isnin lalu. Bagi yang masih tertanya-tanya tentang semakan bantuan tambahan ini, ikuti perkongsian MingguanKerja dibawah.

Memetik ucapan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, sumbangan itu berfokuskan untuk penerima mendapatkan barangan keperluan dan makanan asas bagi menjalani kehidupan seharian.

Berikut kami kongsikan tentang panduan semakan bantuan tambahan yang dinyatakan seperti diatas.

Bantuan Tambahan RM600 Infografik
STR Tambahan : Semakan Bantuan Tambahan RM600 5

SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN / SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut :

KATEGORISTATUS
1. Isi Rumaha) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
2. Warga Emas Tiada Pasangana) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
3. Bujanga) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat ; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Baca Juga :

bayaran str 2023 fasa 1 2 3 4 1024x584 1
STR Tambahan : Semakan Bantuan Tambahan RM600 6

Kerajaan akan memberi sumbangan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCER MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.

KATEGORI LAYAK MENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM600

Untuk pengetahuan, jumlah bantuan tambahan sebanyak RM600 ini hanya dikhususkan untuk penerima isi rumah yang berstatus dan telah dikenalpasti sebagai kelompok miskin tegar.

Syarat kelayakan ini terhad untuk mereka :

  • penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Semakan Bantuan Tambahan RM600

Jika anda tidak pasti sama ada anda tersenarai didalam pangkalan data eKasih, anda boleh mengemukakan permohonan atau melakukan proses semakan kelayakan di talian https://ekasih.icu.gov.my/

Terdapat langkah yang lengkap untuk proses pendaftaran telah disediakan didalam portal eKasih.

Tarikh Pengkreditan RM600

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.

4) Iklan MGID 2

Sila rujuk jadual berikut :

  • SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
  • SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
  • SARA 3 – September 2023 (RM100)
  • SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
  • SARA 5 – November 2023 (RM100)
  • SARA 6 – Disember 2023 (RM100)

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

SOALAN LAZIM


Kongsikan Artikel Ini