Para usahawan perniagaan mikro yang sedang menghadapi krisis akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan bantuan pembiayaan melalui Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P).
S3P adalah kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah yang bertujuan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bumiputera dalam pelbagai sektor kecuali pertanian dan peternakan.
Skim pembiayaan ini mensasarkan kumpulan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 agar dapat meneruskan kelangsungan dan mempertingkatkan daya tahan perniagaan mereka.
Oleh dengan itu, usahawan yang terlibat bolehl membuat permohonan kepada pihak MARA bagi skim pembiayaan ini.
Had Pembiayaan
Kemudahan Yang Ditawarkan
- Modal pusingan
- Pembelian peralatan
- Promosi dan pemasaran
- Belanja mengurus
Tempoh Maksimum Pembiayaan/Bayaran Balik
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera.
- Berusia tidak kurang 21 hingga 60 tahun.
- Melepasi tapisan Carian Kredit/Pusat Sistem Maklumat Rujukan Credit (CCRIS).
- Berpengalaman/berpengatahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan.
- Perniagaan berdaftar secara sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Mempunyai lesen/permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Mempunyai premis perniagaan (kecuali online).
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
- Dapat menyumbangkan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek.
- Perniagaan patuh syariah.
- Bebas daripada senarai hitam MARA.
Cara Memohon
- Layari laman web http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan.
- Klik bahagian ‘Permohonan Pembiayaan.’
- Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Baru.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log in dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Setelah selesai, semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (pembiayaan PRiN dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.
Maklumat Lanjut
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.