Pakej Rahmah Allo : Cara Langgan & Senarai harga Pakej Internet

Kongsikan Artikel Ini

Kemudahan akses internet sudah menjadi satu kewajipan untuk kegiatan harian. Seiring dengan itu, Kerajaan Perpaduan telah memperkenalkan satu inisiatif yang dinamakan Pakej Rahmah Allo dengan harga mampu milik.

Pelancaran satu inisiatif Kerajaan Perpaduan iaitu Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo yang menawarkan perkhidmatan internet kediaman pada harga rendah berbanding pasaran ini telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil.

Inisiatif Pakej RAHMAH ini merupakan bukti bahawa keperluan dan kebajikan rakyat untuk menikmati perkhidmatan Internet dengan harga lebih murah dan mampu milik, tidak pernah diabaikan oleh Kerajaan Perpaduan.

Untuk info, Allo Technology Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Syarat Kelayakan Pakej Rahmah Allo

Untuk pengetahuan anda semua, Pakej Rahmah Allo ini diwujudkan khas untuk mereka yang berada dalam kelompok sasar iaitu golongan B40, Belia, Orang Kelainan Upaya (OKU), dan Warga Emas.

Selain daripada golongan sasar yang telah dinyatakan diatas, mereka yang dikategorikan didalam kelompok dibawah juga layak untuk mendapatkan perkhidmatan ini:

  • Golongan Veteran Tentera
  • Pesara Polis
  • Pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
  • Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR)
  • Perumahan Awam (PA)

Senarai Harga Pakej Rahmah Allo

Untuk pengetahuan, Pakej Rahmah Allo ditawarkan pada harga RM69 sebulan untuk kelajuan internet 100Mbps tanpa had data.

Pakej internet yang ditawarkan ini RM30 lebih murah daripada pelan pelan Allo sedia ada dan merupakan pelan jalur lebar tetap 100Mbps dengan harga terendah di dalam negara.

Semua inisiatif pakej internet yang diumumkan Kementerian Komunikasi Digital sebelum ini yang dikenali sebagai Pakej Perpaduan dijenamakan semula sebagai Pakej Rahmah selaras keputusan jemaah menteri.

Fahmi Fadzil 2
Pakej Rahmah Allo : Cara Langgan & Senarai harga Pakej Internet 4

Antara pakej internet yang diumumkan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi adalah Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih (Prabayar) dan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Internet Kediaman) serta Pakej Perpaduan PPR/PA@MyKabel.

Penjenamaan semula Pakej Perpaduan kepada Pakej Rahmah antara lain adalah bagi memperingati jasa bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mempelopori konsep Rahmah.

Akses Liputan Pakej Rahmah Allo

Buat masa kini, akses liputan bagi pakej ini boleh didapati di 7 lokasi ini, antaranya ialah:

  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Cyberjaya

Akses ini berkemungkinan akan diperluas pada masa hadapan agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati satu kemudahan yang cukup bermanfaat buat semua.

Cara Langgan Pakej Rahmah Allo

Pakej Rahmah Allo tertakluk kepada kontrak 24 bulan.

Pakej ini boleh dilanggan bermula 28 Julai 2023 dengan tawaran dibuka sepanjang masa.

Orang ramai yang berminat untuk melanggan Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo boleh berbuat demikian secara dalam talian di www.citybroadband.my atau Kedai Tenaga berdekatan, atau menghubung talian perkhiddmatan Allo di 1300-38-8000.

Pelanggan disaran membuat semakan kawasan liputan Allo terlebih dahulu dengan melayari laman sesawang https://www.citybroadband.my/support/coverage-map/ dan membuat carian menggunakan alamat kediaman rumah atau bandar tempat tinggal.


Kongsikan Artikel Ini