TERKINI : Kerajaan Setuju Pertimbang Luluskan Pengeluaran KWSP 2.0 Dalam Masa Terdekat

Kongsikan Artikel Ini

MK%20 %20KWSP

telegram%2Bimage


Dalam keadaan ekonomi semasa pasca-pandemik Covid-19, semua rakyat mengeluh tidak cukup duit. Ada yang menunggu masa dihalau dari rumah kerana tidak mampu membayar tunggakan sewa dan sebagainya.

Bukan semua orang ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga membolehkan mereka mengeluarkan i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas RM10,000 baru-baru ini.

Adakah Kerajaan Akan Meluluskan Pengeluaran Khas KWSP 2.0?

Timbalan Menteri Kewangan ll, YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah pada Isnin kemarin menyatakan dalam Dewan Rakyat bahawa Kerajaan bersetuju untuk mempertimbangkan Pengeluaran KWSP 2.0.

Beliau berkata, semua input-input berkaitan bagaimana untuk kerajaan perhebat dan pertingkatkan nilai simpanan KWSP sedang dikaji rapi dan sudah pasti KWSP 2.0 juga adalah antara salah satu perkara yang sedang kerajaan pertimbangkan pada masa sekarang. 
“Hal ini kerana, banyak lagi strategi yang Kerajaan akan gunakan untuk pastikan KWSP menjadi insurans pada mereka yang bekerja.”


Dan paling penting katanya, Kerajaan sekarang sedang teliti menangani masalah bagaimana peluang pekerjaan di pasaran, kadar gaji minimum diberikan kepada majikan dan seterusnya kerajaan juga mahu bantu bukan saja sektor formal atau tidak formal supaya kadar kesedaran perancangan pasaran dan celik kewangan rakyat Malaysia dapat Kerajaan optimumkan sebaiknya.


Kongsikan Artikel Ini