Permohonan Bantuan Baiki Rumah Seluruh Malaysia Tahun 2022

Kongsikan Artikel Ini

 MK%20 %20Bantuan%20Baiki%20Rumah

telegram%2Bimage

Bantuan Baiki Rumah ini diwujudkan adalah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa bagi mereka yang memerlukan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan baiki rumah di setiap negeri :

  1. Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:

  • Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  • Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  • Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  • Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

Keutamaan Diberikan

  1. Warga emas
  2. Orang kurang upaya (OKU)
  3. Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
  4. Mangsa bencana yang berskala kecil

Permohonan Bantuan



Kongsikan Artikel Ini