Semakan Pinjaman PTPTN & Tarikh Bayaran 2023/ 2024.
PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merupakan dana pinjaman pendidikan untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS di Malaysia.
Idea asal penubuhan PTPTN buat pertama kalinya telah diimplementas oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Razak pada tahun 1995 ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO.
Semakan Pinjaman PTPTN Tahun 2023/ 2024
Kali ini kami akan berkongsi kepada anda cara membuat pinjaman PTPTN buat pertama kali sekiranya anda adalah pelajar yang menyambung di IPTA ataupun IPTS.
Seterusnya kami kongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan dan dokumen yang perlu anda sediakan sebelum melanjutkan urusan pinjaman anda.
Baca Juga :
- Takwim Cuti Sekolah 2023/2024 Lengkap [KPM]
- Jadual Bayaran STR Fasa 4 Mengikut Bank – Sumbangan Tunai Rahmah
Permohonan Pinjaman PTPTN Kali Pertama
Kini, permohonan PTPTN terbuka kepada semua pelajar IPT/IPTS yang tidak menerima biasiswa. Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi borang di pautan berikut;
Sebelum anda melanjutkan kepada permohonan berikut, pastikan anda juga telah;
- Menerima tawaran IPT
- Mempunyai nombor akaun SSPN
- Mempunyai akaun bank mengikut panel bank IPT anda
- Membuat semakan jadual permohonan dan bayaran balik peminjaman
Bagi semakan jadual permohonan boleh dibuat mengikut nama kursus atau nama IPT pada link berikut;
https://www.ptptn.gov.my/msk/Utama Jika anda sudah memasuki link tersebut, anda akan mendapat maklumat seperti yang dipaparkan termasuklah, panel bank, kadar pinjaman, serta kos yuran pengajian.
Syarat Permohonan Pinjaman PTPTN
- Berstatus warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 45 tahun pada Tarikh memohon;
- Mendapat tawaran ke IPTA/IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
- Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;
- Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih dalam tempoh sah laku semasa Tarikh memohon;
- Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana yang dinyatakan di atas;
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
- Serta telah membuka akaun SSPN/SSPN-i Plus
Hanya akaun SSPN-I yang mempunyai 15 digit Sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.
Jumlah Pinjaman PTPTN
Jumlah pinjaman biayaan ditentukan berdasarkan kelayakan berikut;
Rayuan pinjaman kategori maksimum hanya dipertimbangkan sekiranya pelajar atau penjaga disenaraikan sebagai penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ataupun pada masa ini yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun semasa permohonan PTPTN diluluskan.
Berikut juga senarai program bagi pemohon;
PROGRAM SEPENUH MASA
PROGRAM SEPARUH MASA
Bayaran Balik PTPTN
Peminjam juga harus membuat bayran balik PTPTN selepas 12 bulan tamat tempoh pengajian tanpa perlu menunggu notis bayaran balik.
Jumlah bayaran balik adalah seperti yang tertera pada Dokumen Tawaran Pinjaman.
Kos upah atau Ujrah akan dikenakan pada bulan ke-13.
Sekiranya peminjam membuat bayran balik lebih awal sebaliknya tiada kos ujrah akan dikenakan sepanjang temph 12 bulan tersebut.
Cara Semak Penyata PTPTN Online
Untuk Semak penyata baki pinjaman terkini anda juga boleh pergi kelaman rasmi ptptn disini;
https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/
Seterusnya masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang “CARI”
Kemudian barulah anda boleh login ataupun masuk ke dalam sistem i-Online PTPTN. Sekian Sahaja, semoga artikel ini dapat membantu anda . Terima kasih!
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.