Kementerian Kewangan akan mengumumkan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan susulan pengumuman pelaksanaan “Total Lockdown” di seluruh negara bermula selasa ini.
TARIKH PENGUMUMAN BANTUAN
Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanaan “Total Lockdown” Fasa Pertama dengan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi selama 14 hari. Menerusi penutupan penuh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
BANTUAN KHAS BERSEMPENA ‘TOTAL LOCKDOWN’
Setakat ini, tiada lagi pengumuman penuh tentang perincian bantuan yang akan diberikan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terjejas. Namun begitu, pengumuman bantuan ini akan diumumkan secepat mungkin dalam masa terdekat.
Sama-sama kita nantikan pengumuman ini dan semoga bantuan yang akan diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung rakyat dan sektor ekonomi yang terjejas.
Sumber: bharian.com.my, utusan.com.my
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.