Bayaran STR Fasa 4 – Berita baik bagi seluruh rakyat Malaysia kerana bayaran bantuan STR Fasa 4 akan mula diagihkan pada 7 November 2023 ini.
Bantuan STR Fasa 4 adalah merupakan sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih. Bayaran STR Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 telah diagihkan pada 17 Januari, 5 April, dan 26 Jun 2023.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat.
Penerima Bayaran STR Fasa 4
LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 4 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 4 kepada penerima STR yang layak.
Baca Juga :
Tarikh Bayaran STR Fasa 4
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat mulai 7 NOVEMBER 2023.
Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.
Semakan Status & Tarikh Bayaran STR Fasa 4
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 1 November 2023
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut
Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.
Maklumat Lanjut
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.