Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan Jun 2021

Kongsikan Artikel Ini


Ramai yang menanti bila tarikh rasmi pembayaran i-Sinar bulan Jun akan dikreditkan ke akaun masing-masing. Persoalan yang paling utama ialah bila tarikh akhir pembayaran i-Sinar ini.

Umum mengetahui bahawa ramai yang telah menerima pembayaran i-Sinar bermula Januari lalu. Justeru, disebabkan tempoh pembayaran i-Sinar adalah selama 6 bulan sahaja, bulan 6 ini merupakan bayaran terakhir bagi i-Sinar KWSP ini. Oleh itu, bagi mereka yang dikreditkan pembayaran bermula Januari, ini merupakan bulan terakhir pembayaran mereka.



Kami kongsikan kepada maklumat terkini pembayaran i-Sinar KWSP bulan Jun 2021.

Tarikh Bayaran i-Sinar Jun 2021


Seperti sebelum ini, bayaran i-Sinar bulan Jun akan dibuat secara berperingkat bermula minggu pertama hari bekerja iaitu dijangka pada:

1 Jun sehingga 10 Jun 2021

Kebiasannya, pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada bank masing-masing.



isinar%2Bjun

Maklumat Pembayaran i-Sinar

Bayaran bulanan iSinar biasanya ditetapkan seperti berikut:

  • tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (jika bayaran pertama pada 6 mac, bulan seterusnya juga anda akan dapat pada 6 April, 6 Mei dan juga pada 6 Jun jika jatuh pada hari bekerja)
  • maksimum dalam tempoh 2 minggu atau
  • sebelum akhir bulan


Cara Membuat Semakan Status i-Sinar Melalui i-Akaun


Anda boleh untuk membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran seterusnya.
1. Buka apps i-Akaun di pautan https:/www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
2. Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.
3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau withdrawal history di ruangan sebelah kiri
4. Klik pada i-sinar di dalam jadual barisan kedua.
5. Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.


Tarikh Akhir Permohonan i-Sinar

Tarikh akhir permohonan adalah pada 30 Jun 2021

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-sinar di laman web i-sinar.kwsp.gov.my
Kredit: harianpost.my


Kongsikan Artikel Ini