Cara Daftar & Tebus Kredit Percuma RM150 Boost eWallet

Kongsikan Artikel Ini

telegram%2Bimage

Anda boleh untuk menebus eWallet RM150 melalui program eBelia yang telah dilancarkan  bermula 1 Jun 2021 ini.

Terdapat beberapa aplikasi eWallet yang anda boleh tebus antaranya adalah Boost eWallet. Boost merupakan salah satu yang dipilih secara rasmi sebagai eWallet untuk membantu dan menjayakan program inisiatif eBelia Kerajaan.


Kami kongsikan kepada anda cara daftar Boost eWallet dan cara tebus RM150 eWallet.

Apa Itu Boost eWallet

Boost adalah eDompet yang anda boleh gunakan untuk membayar tanpa menggunakan wang tunai secara fizikal.

Setiap kali anda menggunakan Boost untuk membayar, anda akan mendapat pulangan tunai dalam bentuk cashback dan bonus.

Cara Daftar Aplikasi Boost

  1. Muat turun aplikasi melalui Google Play atau Apple Apps Store
  2. Buka aplikasi Boost
  3. Klik pada “Register”
  4. Masukkan nombor telefon
  5. Kemudian Boost app akan menghantar sms dengan kod tac 6 digit. ( Jika anda tidak menerima SMS, klik pada “Did not receive SMS” dan boost app akan hantar semula SMS.)
  6. Masukkan nama
  7. Masukkan alamat e-mel anda
  8. Sediakan kata laluan supaya memudahkan anda log masuk ke akaun Boost
  9. Sediakan PIN transaksi 6-digit untuk membuat semua transaksi dalam aplikasi boost.
  10. Masukkan invite code (sekiranya ada) untuk dapatkan tamabahan bonus RM5
  11. Pilih telco anda
  12. Pilih wallet pilihan anda – BASIC (dengan had wallet RM200) atau PREMIUM (dengan had wallet RM1,500. Jika anda pilih PREMIUM, anda dikehendaki memberikan butiran IC / pasport anda
  13. Anda perlu membuat transaksi minimum RM10, membolehkan anda membuat penghantaran wang kepada seseorang menggunakan nombor telefon bimbit.


Cara Tebus Kredit RM150 eBelia Melalui Boost

Langkah claim kredit RM150 eBelia:

  1. Install & daftar sebagai pengguna Boost
  2. Upgrade kepada Boost Premium
  3. Sahkan atau verify akaun Boost
  4. Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama
  5. Klik “Get Ready To Claim eBelia” dan ikut arahan yang diberikan
  6. Claim e-Wallet RM150 dan lain-lain ganjaran ekslusif bermula 1 Jun 2021
boost%2B2

boost%2B1


Maklumat Tambahan

Untuk pengguna Boost baru: 

Sila muat turun dan daftar akaun Boost, sahkan dan naiktaraf ke akaun Premium sebelum 1 Jun

Untuk pengguna Boost sedia ada:

Pastikan akaun Boost anda disahkan dan dinaiktaraf ke akaun Premium sebelum 1 Jun untuk memudahkan proses tuntutan


Kelebihan Aplikasi Boost

  • Boost menawarkan pelbagai baucar dari jenama kegemaran anda dengan diskaun sehingga 50% seperti The Chicken Rice Shop, Tealive dan banyak lagi.
  • Anda boleh hantarkan baucar ini sebagai hadiah kepada orang yang anda sayangi secara PERCUMA, termasuk juga kepada pengguna bukan Boost.
  • Anda boleh membahagi bil dengan mudah hanya dengan menghantar atau menerima wang di kalangan keluarga & rakan tanpa sebarang caj antara bank.
  • Kongsi Invitation Code dan anda boleh dapatkan sehingga RM5 apabila rakan anda membuat pembelian pertama atau pembayaran minimum RM10

Tambahan

Untuk sebarang maklumat terkini anda boleh layari Portal Rasmi Boost KLIK SINI

Kredit: harianpost.my


Kongsikan Artikel Ini