e-Baucar Buku : Bantuan RM200 Untuk Mahasiswa

Kongsikan Artikel Ini

Berita baik untuk mahasiswa, e-Baucar Buku diperkenalkan dan diedarkan bagi mahasiswa membeli buku bagi tujuan akademik di IPT.

Pemberian baucar buku ini adalah salah satu tawaran Tekad Kita Selangor dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Inisiatif ini diperkenalkan antaranya mahu membentuk masyarakat yang terbina dengan ilmu pengetahuan dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM200,000.

e-Baucar Buku untuk mahasiswa IPT
e-Baucar Buku : Bantuan RM200 Untuk Mahasiswa 5

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pemberian baucar ini merupakan perkara terakhir daripada lima tawaran yang dijanjikan dalam manifesto Tawaran Kita Selangor.

Setakat ini, kerajaan Negeri Selangor telah pun melaksanakan empat perkara iaitu insentif Mama Kerja berjumlah RM1,000 kepada wanita, pengecualian cukai pintu, kenaikan elaun imam, bilal dan siak serta insentif pertanian sebanyak RM1,000.

Lanyard MBP Order Now
e-Baucar Buku : Bantuan RM200 Untuk Mahasiswa 6

Jumlah e-Baucar Buku

Nilai baucar buku yang akan diterima penerima adalah sebanyak RM200 seorang.

Jumlah Penerima e-Baucar Buku

Untuk permulaan, jumlah penerima baucar ini adalah sebanyak 1000 penerima di seluruh Selangor.

Penerima yang terlibat adalah mereka yang menuntut di insitutsi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Trending Sekarang :

IPT Yang Terlibat Bantuan e-Baucar Buku

Mahasiswa di IPTA/IPTS berikut layak untuk menerima e-baucar ini:

  • Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC)
  • Universiti Selangor (Unisel)
  • Universiti Islam Selangor (UIS)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Universiti Multimedia (MMU)

Cara Tebus e-Baucar Buku

Untuk menebus e-baucar ini, mahasiswa yang layak boleh membuat penebusan secara digital menerusi pautan https://mall.bookcapital.com.my/ milik Perbadanan Kota Buku (agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia).

Penebusan e-baucar adalah terhad sehingga 31 Disember 2023 sahaja.

Sumber : https://selangorkini.my/2023/11/tekad-kita-selangor-5-janji-ditunai-1000-mahasiswa-terima-e-baucar-buku/


Kongsikan Artikel Ini