STR 2024 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen.
Pembentangan Belanjawan 2024 dilihat lebih memberi tumpuan kepada sektor perniagaan membabitkan perkhidmatan, runcit, hospitaliti, pembinaan dan teknologi hijau, demikian menurut penganalisis ekonomi.
Belanjawan 2024 juga dijangka akan terus mencerminkan semangat rangka kerja Ekonomi MADANI dengan fokus meningkatkan kualiti hidup rakyat menerusi penyusunan semula ekonomi dan pengagihan kekayaan secara saksama.
Kadar STR 2024 Dinaikkan Lebih Tinggi
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah merupakan sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Melalui ucapan Perdana Menteri, beliau mengumumkan bahawa peruntukan STR meningkat sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.
Yang mana ianya akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.
Baca Juga :
Kadar Bayaran STR 2024
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kadar minimum STR untuk golongan belia dan isi rumah akan dinaikkan. Berikut adalah jumlah bantuan STR yang baharu yang akan disalurkan:
- Belia
- Bantuan akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.
- Isi Rumah
- Bayaran isi rumah biasanya maksimum RM300. Untuk STR 2024, bayaran pertama akan dinaikkan kepada RM500 ringgit yang mana dijangka akan mula disalurkan sebelum Ramadhan.
Permohonan & Semakan Status STR 2024
STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza yang mana pihak kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023.
Selain itu, permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.
Tarikh Bayaran STR 2024
Untuk makluman anda semua, bayaran pertama bagi STR 2024 dijangka akan dilakukan bermula pada FEBRUARI 2024.
Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2024
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai Oktober 2023
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
Maklumat Lanjut
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Khairul is the insightful author behind www.mingguankerja.my, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Khairul is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”