Pembayaran BPR Fasa Kedua 2021 telah pun dikreditkan secara berperingkat-peringkat bermula 7 mei 2021. Namun begitu masih terdapat pemohon yang belum lagi dikreditkan pembayaran mereka. Masih ramai yang keliru dengan kaedah pembayaran, cara membuar rayuan BPR 2021 ini.
Kami kongsikan kepada anda kaedah pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 dan cara membuat rayuan seperti yang dikongskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Kaedah Pembayaran Fasa Kedua BPR 2021
Bagaimanakah Kaedah Pembayaran Fasa Kedua BPR 2021?
Pembayaran fasa kedua BPR 2021 adalah seperti berikut:
Berjaya Kredit Ke Akaun
- Pembayaran akan dilakukan ke akaun bank pemohon/pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 secara berperingkat.
- Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR 2021.
- Pembayaran BPR 2021 berstatus gagal kredit.
Sekiranya anda dikategorikan sebagai penerima pedalaman Sabah / Sarawak bagi Fasa Pertama BPR 2021. Bagaimanakah kaedah pembayaran fasa kedua BPR 2021?
Kaedah pembayaran Fasa Kedua adalah seperti berikut:
- Mempunyai maklumat akaun bank – pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan yang didaftarkan mengikut Fasa Pembayaran
- Tiada maklumat akaun bank – Pembayaran sekaligus secara tunai.
Bila tarikh pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 bagi penerima pedalaman Sabah / Sarawak yang tidak mempunyai maklumat akaun bank?
Tarikh pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 bagi penerima pedalaman Sabah / Sarawak yang tidak mempunyai maklumat akaun bank akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Sekiranya anda pemohon BPR 2021 dan telah melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran dibuka, adakah pembayaran BPR 2021 akan dibuat?
Pembayaran akan dibuat secara pengkreditan ke akaun bank pemohon yang didaftarkan semasa pendaftaran / kemaskini BPR 2021.
Sekiranya anda adalah pemohon dan tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran BPR 2021, adakah pembayaran BPR 2021 akan dibuat secara tunai?
Sekiranya anda tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran / kemaskini BPR 2021, pembayaran adalah seperti berikut:
- Pasangan adalah warganegara dan ada melaporkan maklumat akaun bank – pengkreditan ke akaun pasangan akan dibuat.
- Pasangan tidak melaporkan maklumat akaun bank – pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon.
Kenapa BPR Fasa 2 Tidak Lulus?
Tarikh Dan Cara Permohonan Rayuan BPR Fasa 2
Anda boleh untuk membuat rayuan BPR Fasa 2 bermula 15 Jun -30 Jun 2021.
Permohonan Rayuan BPR 2021 adalah seperti berikut:
- Pergi ke Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
- Klik pada ikon ‘Rayuan’ ( Bermula 15 Jun 2021)
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) dan klik pada butang carian.
- Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
- Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.
Kod Alasan Tidak Lulus BPR Fasa 2
Kami kongsikan kepada anda antara alasan tidak lulus BPR Fasa 2:
- 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
- 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Sahan / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
- 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
- 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
- 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.