Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan Tahun 2023

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan warga emas merupakan salah satu inisiatif pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu golongan warga emas di Malaysia yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan.

Menerusi Belanjawan 2023, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan bantuan ini sekaligus memastikan bahawa kebajikan warga emas terus dijaga, terutama sekali bagi mereka yang betul-betul memerlukan.

Jumlah bantuan sebanyak RM500 ini merupakan peningkatan jumlah dariapda RM350 sebelum ini di mana jumlah ini telah diumumkan dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2021 terdahulu.

Bantuan Warga Emas 2023
Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan Tahun 2023 5

Bantuan ini diberikan oleh JKM (sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat) kepada warga emas atau orang tua yang layak agar mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat setempat.

Oleh itu, sekiranya anda mempunyai ibu bapa, saudara atau kenalan dalam kategori warga emas, anda boleh menghantarkan permohonan bagi pihak mereka.

Mohon Juga :

Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas RM500

Bagi warga emas yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan, mereka akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan.

Bantuan Warga Emas
Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan Tahun 2023 6

Hanya warga emas atau orang tua yang memenuhi kriteria berikut akan dipertimbangkan setelah permohonan dibuat:

  1. Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  4. Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma
  5. Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan

Cara Mohon Bantuan Warga Emas RM500

Permohonan bantuan warga emas ini boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Bagi memudahkan urusan, anda boleh memuat turun borang dibawah, cetak, isi maklumat yang diminta dan bawa bersama ke kaunter:

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Dokumen Sokongan

Selain borang di atas, bagi membolehkan permohonan bantuan warga emas anda diproses dan dibuat penilaian, anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

BWE adalah sebuah bantuan tunai yang menyasarkan warga emas miskin tegar (warganegara) yang berkelayakan dalam usaha memastikan kelangsungan & kesejahteraan hidup mereka.

Untuk ketahui lebih lanjut seperti syarat kelayakan, cara memohon dan soalan lazim, sila layari
https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bwe.html


Kongsikan Artikel Ini