Pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 telah pun selesai. Bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 dan 3, berapa pula bayaran yang bakal diterima? Artikel mingguankerja kali ini akan berkongsi berkenaan cara semakan baki bagi bayaran BPR Fasa 2 dan 3.
SEMAKAN BAKI BAYARAN BPR
Bagi yang lulus permohonan, bayaran BPR dijangka akan dibuat dalam 3 fasa iaitu:
- Fasa 1 – Februari 2021
- Fasa 2 – Mei 2021
- Fasa 3 – September 2021
Nilai bantuan yang akan diperolehi adalah bergantung kepada kategori kelayakan yakni:
BUJANG BERPENDAPATAN BAWAH RM2,500
> 21 tahun ke atas RM350
ISI RUMAH BERPENDAPATAN BAWAH RM2,500
> 1 orang anak RM1,200 (Baki RM900)
> 2 orang anak atau lebih RM1,800 (Baki RM1,500)
ISI RUMAH BERPENDAPATAN ANTARA RM2,001 – RM4,000
> 1 orang anak RM800 (Baki RM500)
> 2 orang anak atau lebih RM1,200 (Baki RM900)
ISI RUMAH BERPENDAPATAN ANTARA RM4,001 – RM5,000
> 1 orang anak RM500 (Baki RM200)
> 2 orang anak atau lebih RM750 (Baki RM450)
..Telah dibayar RM300, baki bagi pembayaran Fasa 2 dan 3 ini dibahagikan secara sama rata.
SOALAN LAZIM
Bila duit BPR dikreditkan ke akaun bank?
> Dijangka awal bulan Mei 2021, iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila lakukannya hubungi saluran berikut:
- Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.