STR Bujang : Permohonan & Jumlah Bayaran Fasa 1 2024

Kongsikan Artikel Ini

Permohonan STR Bujang Tahun 2024 kini telah dibuka mulai 1 November 2023.

Berita baik untuk semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan bersetuju meningkatkan peruntukan sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.

Khabar gembira itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, tahun lalu.

Beliau berkata pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

Artikel berkaitan :

Permohonan Baru STR Bujang RM350

Permohonan STR Bujang RM350 Tahun 2024 dibuka seawal 1 November 2023, di mana permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Ini bertujuan untuk memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data Kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing.

Selain itu, membolehkan penerima sedia ada untuk membuat pengemaskinian jika terdapat sebarang perubahan.

Bagi mengurangkan keciciran, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data Kerajaan di samping data beberapa agensi Kerajaan untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.

Tempoh permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) adalah sepanjang tahun mulai 1 November 2023.

Permohonan Baru STR Bujang RM350 Tahun 2024

Kadar Bayaran STR Bujang Tahun 2024

Jumlah bayaran bantuan tunai ini bagi penerima berstatus bujang yang layak adalah : RM350.

Untuk maklumat juga mulai tahun 2024, penerima STR Bujang yang layak akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Kategori PenerimaPendapatanBilangan AnakJumlah STR (RM)Jumlah SARA (RM)Jumlah Keseluruhan
Isi Rumah≤ RM2,50001,0001,2002,200
Isi Rumah≤ RM2,5001–21,5001,2002,700
Isi Rumah≤ RM2,5003–42,0001,2003,200
Isi Rumah≤ RM2,500≥ 52,5001,2003,700
Isi RumahRM2,501 – RM5,0000500300800
Isi RumahRM2,501 – RM5,0001–27503001,050
Isi RumahRM2,501 –RM5,0003–41,0003001,300
Isi RumahRM2,501 – RM5,000≥ 51,2503001,550
Warga Emas Sebatang Kara≤ RM5,000–600150750
Bujang (21-59 tahun)––350150500
Bujang OKU (19-59 tahun)––350150500

NOTA:

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
  • Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.
maklumat penuh STR Bujang tahun 2024

Tarikh Bayaran STR Bujang 2024

STR Bujang 2024
STR Bujang : Permohonan & Jumlah Bayaran Fasa 1 2024 6

Penerima bantuan tunai 2023 bagi kategori bujang akan menerima bayaran dalam fasa berikut:

  • Fasa 1 (Februari 2024)
  • Fasa 2 (April 2024)
  • Fasa 3 (Ogos 2024)
  • Fasa 4 (November 2024)

Cara Buat Permohonan STR Bujang Tahun 2024

Permohonan baru atau proses kemaskini permohonan STR boleh dibuat mengikut kaedah berikut:

Langkah mengemaskini permohonan melalui dalam talian, sila rujuk panduan berikut:

  1. Sila layari portal rasmi STR di pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.
  2. Klik butang Log Masuk bagi membuat kemaskini permohonan.
  3. Klik butang kemaskini maklumat dan muat naik dokumen yang berkenaan.
  4. Semak semula maklumat pemohon.
  5. Hantar permohonan dan simpan salinan untuk rujukan anda.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2024, sila rujuk:

  • Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
  • Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM

Jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.


Kongsikan Artikel Ini