STR 2024 – Semasa pembentangan Belanjawan 2024, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR ) dengan jumlah peruntukan keseluruhan ditingkatkan kepada RM10 bilion berbanding RM8 billion pada 2023.
Dengan peningkatan peruntukan ini, kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700. Manakala, kadar minimum STR iaitu untuk golongan bujang atau belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.
Apa yang menariknya semua penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana 2 kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM.
Artikel berkaitan :
- STR Bujang : Permohonan & Jumlah Bayaran Fasa 1 2024
- Bayaran Fasa 1 STR 2024 : Semakan Status & Jumlah Bayaran
Kadar Bayaran STR 2024 (Fasa 1)
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kadar minimum STR untuk golongan belia dan isi rumah akan dinaikkan. Berikut adalah jumlah bantuan STR yang baharu yang akan disalurkan:
Kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah (tiada had umur)
- Tiada anak : RM500
- 1-2 anak : RM500
- 3-4 anak : RM500
- 5 anak atau lebih : RM500
KATEGORI ISI RUMAH
- Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000 (tiada had umur)
- Tiada anak : RM100
- 1-2 anak : RM1503-4 anak : RM250
- 5 anak atau lebih : RM300
BUJANG / WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Pendapatan Bujang bawah RM2500 (Berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun) : RM150
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas) : RM150
Permohonan & Semakan Status STR 2024
STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza yang mana pihak kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023.
Selain itu, permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.
Tarikh Bayaran STR 2024
Untuk makluman anda semua, bayaran pertama bagi STR 2024 akan dilakukan bermula pada FEBRUARI 2024 dan dijangka akan disalurkan sebelum bulan Ramadhan.
- Fasa 1 : Februari 2024 (dijangka disalurkan sebelum Ramadan)
- Fasa 2 : April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Bayaran Tambahan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)
Bagi tahun 2024 ini, STR telah diperkasa dengan beberapa penambahbaikan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Berikut adalah kategori dan kadar tambahan yang akan diterima bagi yang layak:
AMAUN BAYARAN BAGI KATEGORI YANG LAYAK TERIMA BANTUAN TAMBAHAN SARA 2024
- Penerima STR berstatus MISKIN dan MISKIN TEGAR di bawah eKasih atau JKM : RM1200 (RM100 sebulan)
- Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM : RM300
- Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM : RM150
Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2024
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai Oktober 2023
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
Maklumat Lanjut
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Khairul is the insightful author behind www.mingguankerja.my, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Khairul is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”