Bantuan SARa atau Sumbangan Asas Rahmah telah mula dikreditkan sejak 22 Januari 2024 dan ramai yang telah berjaya menerima bayaran sehingga hari ini.
Melalui bantuan tambahan STR ini, 700,000 penerima STR yang layak akan menerima bantuan secara tanpa tunai (cashless) sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan secara automatik melalui MyKad masing-masing.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Tahun 2024
Dalam Belanjawan Madani 2024, isi rumah dengan lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, mendapat bantuan STR tambahan RM1200.
Manakala dalam Belanjawan 2024, bantuan ini diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.
Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Syarat Umum :
- Warganegara Malaysia
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Artikel berkaitan :
Cara Penggunaan
Bagi yang diluluskan STR dan menepati syarat-syarat kelayakan SARA, penerima akan dikreditkan bermula pada bulan Januari 2024.
Penerima yang layak kemudiannya boleh menebus kredit bantuan berkenaan di kedai runcit terpilih untuk membeli keperluan runcit asas.
Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Cara menggunakannya pula adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Bagi Pengesahan
- Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai runcit untuk membeli keperluan asas hanya dengan menggunakan MyKad.
Cara Semak Baki Bantuan SARA 2024
Aplikasi MyKasih (MyKasih App) kini boleh dimuat turun di Google Play atau Apple App Store untuk memudahkan penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk menyemak baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang boleh dibeli, and kedai terdekat untuk membuat pembelian.
Layari https://mykasih.com.my/mykasih-app/ untuk muat turun aplikasi ini.
Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:
- Semakan portal rasmi MyKasih:
- Semakan resit pembelian:
Maklumat Lanjut
Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR.
SOALAN LAZIM
Khairul is the insightful author behind www.mingguankerja.my, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Khairul is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”