Jadual Bayaran STR Fasa 1 (2024) Kategori Isi Rumah
STR Fasa 1 mula dikreditkan pada 29 Januari 2024. Masih ramai yang tertanya-tanya berapakah jumlah sebenar yang akan diterima bagi kategori isi rumah.
STR Fasa 1 melibatkan pembayaran minimum RM100 sehingga maksimum RM1,200 ikut kategori.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai jumlah bayaran STR Fasa 1 bagi kategori isi rumah.
Baca Juga : SARA 2024 : Kaedah Penebusan & Cara Semak Baki Kredit RM100 Sumbangan Asas Rahmah
Jumlah Bayaran STR Fasa 1 Kategori Isi Rumah
Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR Fasa 4 bagi kategori isi rumah :
Tarikh Bayaran STR Fasa 1
RASMI : STR Fasa 4 akan dikreditkan secara berperingkat pada 29 Januari 2024.
Bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima yang layak.
Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran STR dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Jadual Bayaran STR Fasa 1 Mengikut Bank Penerima
Semakan Status STR Fasa 1
Semakan status STR Fasa 4 boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM1200
STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023.
Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini.
Pembayaran sebanyak RM1200 akan diberikan dalam tempoh 12 bulan (RM100 x 12 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Semakan status STR fasa 4 boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
Soalan Lazim
Siapakah yang layak menerima STR?
Permohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
1) Isi Rumah
– Kahwin: atau
– Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
– pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
2) Warga Emas Tiada Pasangan
– Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
– Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
3) Bujang
– Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 21 -59 tahun; dan
– pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Bagaimanakah kaedah bayaran STR dilaksanakan?
Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:
Akaun Bank – Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat
Tunai di Kaunter BSN – pembayaran dilakukan secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank & status pengkreditan gagal kredit
Siapakah yang layak terima SARA?
Kadar SARA berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
– Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
– Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Bagaimanakah kaedah penyaluran sumbangan kadar tambahan STR RM600?
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan pengkreditan melalui akaun bank.
Cara membuat semakan status STR Fasa 1
Semakan Status STR fasa 1 boleh dibuat di laman web STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PERINGATAN :
- PASTIKAN ANDA KLIK PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
- PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.
Khairul is the insightful author behind www.mingguankerja.my, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Khairul is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”