Berita baik untuk rakyat Malaysia, melalui pengumuman baru-baru ini yang dibuat oleh perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan akan menambah subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baharu daripada RM180 sebelum ini kepada RM300 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Eknomi (PEMERKASA).
Jika pada belanjawan 2021 telah diumumkan subsidi pembelian telefon pintar sebanyak RM180, sukacitia dimaklumkan subsidi ini akan ditambah baik kepada RM300.
Kami kongsikan maklumat terperinci bantuan kepada anda.
Siapa Yang Layak Mendapat Bantuan Subsidi Telefon Pintar RM300?
Menurut Perdana Menteri, subsidi ini disediakan untuk semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bertujuan merapatkan jurang digital golongan B40 dan menyokong agenda pendigitalan negara.
Bantuan ini juga boleh untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon pintar baharu.
Paling penting sekali, ia bertujuan untuk membantu isi rumah yang mempunyai anak yang masih bersekolah bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu.
Jumlah Peruntukan Subsidi Telefon Pintar RM300
Peruntukan di bawah program ini akan ditingkatkan kepada RM 2 Bilion dan akan dilancarkan bermula awal Mei nanti.
Perdana menteri menyeru agar syarikat telekomunikasi dapat menawarkan pakej internet mampu milik dan meneruskan kuota tambahan.
Tarikh Bantuan RM300
Buat masa sekarang, bantuan ini akan dilancarkan bermula awal bulan Mei 2021.
Bagaimana Untuk Membuat Permohonan?
Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi tentang cara bagaimana untuk membuat permohonan bantuan subsidi ini.
Kita sama-sama nantikan pengumumannya dalam masa terdekat kelak. Semoga memberi bantuan dan manfaat buat para pelajar sekolah yang benar-benar memerlukan telefon pintar untuk membuat kelas online.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.